AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Apa Yang Special Pada Ayat 59 Surah An Naml? (Bhg 1)

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Apa Yang Special Pada Ayat 59 Surah An Naml? (Bhg 1)

Dalam kalangan pembaca Quran, ramai juga yang tersalah baca pada perkataan ءَآللَّهُ dalam surah An-Naml, ayat 59.


Ayat penuhnya adalah :

قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ وَسَلَٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَىٰٓۗ ءَآللَّهُ خَيۡرٌ أَمَّا يُشۡرِكُونَ 


Penerangan

Bagi perkataan ءَآللَّهُ tersebut, sebenarnya ia boleh dibaca dengan 2 cara / wajah. Haa, mesti ada yang baru tahu kan ? Jom kita lihat penerangan kedua-dua cara bacaan tersebut dengan lebih lanjut.

Terdapat dua cara bacaan bagi kalimah ini, iaitu yang pertama Mad Lazim Kalimi Mutsaqqol. Dan yang kedua Tashil.

CARA PERTAMA : MAD LAZIM KALIMI MUTSAQQOL

 ءَآللَّهُ

Cuba kita perhatikan simbol bagi perkataan tersebut, ia mempunyai 3 keadaan :
1. Huruf alif ada tanda panjang / tanda ombak
2. Selepasnya selain hamzah
3. Huruf tersebut ada tanda sabdu.

CARA BACAAN :
Mesti dibaca panjang 6 harakat dengan memberatkan bacaan, iaitu menekankan sedikit suara pada huruf yang bersabdu (kerana berlakunya idgham). Kadar 6 harakat ini adalah mengikut versi bacaan Imam Hafs ‘an ‘Asim melalui Thoriq Syatibiyyah.

ءَآللَّهُ
“Aaaaaallaahu”


Nama hukumnya adalah Mad Lazim Kalimi Mutsaqqol. Kenapa dinamakan Mad Lazim Kalimi Mutsaqqol ?
Mad Lazim : Kerana bacaan panjang 6 harakat
Kalimi : Bertemu dalam satu kalimah.
Mutsaqqol : Ada tanda sabdu selepas tanda panjang / tanda mad / tanda ombak.

Macam mana, mudah ke senang ? 😉

Nak lebih faham, tonton video pendek Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin di SINI.

Apa Yang Special Pada Ayat 59 Surah An Naml? (Bhg 1)

Mudah kan?

Cara bacaan kedua pula merupakan bentuk bacaan yang special, yang jarang orang tahu. Nak tahu apa dan macam mana cara bacaan yang kedua?
Baca di SINI.

Kunci untuk faham sesuatu ilmu, kena mulakan dengan MENGAJI dan MENGHAFAL. Bila kita dah mula HAFAL, percayalah. Allah akan datangkan kefahaman itu kepada kita. Nak mudah hafal Quran, ikut je Panduan Mudah Hafal Quran yang Ustaz dah sediakan untuk anda. Nak tahu lebih lanjut, tekan je di SINI. 😉

Jom ikuti perkongsian salah seorang pelajar bimbingan AlMukhlisin yang dah berjaya kuasai bacaan Quran melalui teknik simbol AlMukhlisin yang sangat mudah.

Baca dengan lebih lanjut perkongsian beliau di SINI.

“Hidayah Allah itu Maha Luas. Hatta Fir’aun pun diberi hidayah supaya dekat dengan Allah.
Jadi bila lagi kita nak menyahut hidayah Allah seperti mereka, untuk belajar lebih mendalam tentang kitabNya iaitu Quran?”

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 1,022 times, 1 visits today)
Tags: allahan namlan-namlMadpanjangQuranspecialTajwidtashil

Discussion about this post

Previous Post

Persamaan Antara Mad Jaiz Munfasil VS Mad Wajib Muttasil VS Mad Silah Thowilah

Next Post

Cara Baca Ketika Nun Mati Bertemu Huruf Zai

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Cara Baca Ketika Nun Mati Bertemu Huruf Zai

Cara Baca Ketika Nun Mati Bertemu Huruf Zai

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Casino In Richmond United Kingdom
  • Online Casino Ireland Bonus
  • Spin Roulette

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?