Pengenalan
Selalu kalau belajar tajwid menggunakan teknik kenal nama hukum, memang banyak nama hukum yang kita kena tahu dan ingat untuk memudahkan bacaan Quran kita.
Tapi, kali ini kita hanya nak sentuh tentang persamaan antara 3 hukum Mad, iaitu Mad Jaiz Munfasil, Mad Wajib Muttasil dan juga Mad Silah Thowilah. Persamaan ini adalah berdasarkan versi bacaan Imam Hafs mengikut Thoriq Syatibi.
Persamaan Antara Mad Jaiz Munfasil VS Mad Wajib Muttasil VS Mad Silah Thowilah
📝 Okay jom kita ulangkaji sedikit apakah persamaan antara Mad Jaiz Munfasil VS Mad Wajib Muttasil VS Mad Silah Thowilah mengikut versi bacaan Imam Hafs daripada Thoriq Syatibi.
1. Mad Jaiz Munfasil
▪️ Tanda panjang / tanda ombak bertemu huruf hamzah dalam dua perkataan.
▪️ Jadi, bila jumpa keadaan ini, kena panjangkan bacaan dengan kadar 4 harakat.
▪️ Contohnya :
مِثْلِهَآ ۗ أَلَمْ
2. Mad Wajib Muttasil
▪️Tanda panjang / tanda ombak bertemu hamzah dalam satu perkataan.
▪️ Jadi, bila jumpa keadaan ini, kena panjangkan juga bacaan dengan kadar 4 harakat.
▪️Contohnya :
سَوَآءَ
3. Mad Silah Thowilah
▪️ Huruf Ha dhomir (dhomir : kata ganti nama diri), bertanda panjang / bertanda ombak, selepasnya huruf hamzah.
▪️ Keadaan ini juga mesti dipanjangkan bacaan sekadar 4 harakat.
▪️ Contoh:

Jadi, persamaan bagi ketiga-tiga hukum di atas mengikut versi bacaan Imam Hafs daripada Thoriq Syatibi adalah, kesemuanya mesti dibaca DENGUNG dengan kadar 4 HARAKAT.
Oh ya! Contoh-contoh di atas boleh dirujuk pada muka surat 17, surah Al-Baqarah.
Macam mana, tajwid Quran ni mudah je kan?
Sebenarnya, dah ramai yang berjaya faham dan kuasai ilmu tajwid dan perbaiki bacaan Quran mereka melalui bimbingan AlMukhlisin yang mudah dan santai ni. Nampak santai, tapi sampai.
Walaupun dengan gaya yang santai je, dah ramai yang berjaya tambahkan ilmu Quran mereka melalui program-program AlMukhlisin. Ramai juga yang dah berjaya hafal Quran dengan bimbingan dan Panduan Mudah Hafal Quran. Nak tahu lebih lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran? Tekan di SINI tau.
Jom lihat sedikit perkongsian mereka.

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post