Di hari yang mana, kita semua akan dipersoalkan hadapan Allah, kita semua akan dibahagikan kepada 3 golongan. Golongan ini disebut sebagai golongan muqarrabin, golongan kanan dan golongan kiri.
Siapakah Golongan Kanan Itu?
Firman Allah SWT :
فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
“Iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu”
(Surah Al Waqiah ayat 8)
Siapakah golongan kanan yg beruntung itu?
Mereka adalah orang-orang beriman yg berbakti/bertakwa dan dijanjikan kesenangan-kesenangan syurga yang tiada tolak bandingnya.
Menurut Maimun bin Mahran: “Kedudukan golongan kanan berada di bawah kedudukan orang-orang yang didekatkan kepadaNya (golongan Muqarrabun)”
Dalam surah al-Balad, Allah SWT menceritakan perihal golongan kanan ketika mereka di dunia.
Firman Allah SWT :
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
“(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga)”
(Surah Al Balad ayat 18)
Antara amalan golongan kanan yg tinggi darjat ialah:
1. Membebaskan hamba abdi.
2. Memberi makan kepada anak yatim, kerabat, faqir miskin dan orang-orang yg lapar.
3. Berpesan-pesan dengan sabar.
4. Berpesan-pesan dengan kasih sayang.
Berusahalah melakukan amalan-amalan yang boleh menghampiri dan menjadikan kita golongan kanan (ashabul yamin). Hanya syurga yg dijanjikan kpd mereka. Jika kita tidak rebut, dibimbangi haluan bertukar ke jalan kebinasaan (golongan kiri).
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post