AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 3 mins read
Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila :

“Ghunnah yabnii.. Ghunnah…”

Kedengaran suara Sheikh Hassan Rejab menegur kesalahan GHUNNAH anak muridnya, kedengaran sehingga satu masjid Khozandarah.

Terbangun pak cik arab yang berumur 60+ kerana suara Sheikh Hassan Rejab menegur kesalahan Ghunnah yang diulangi olehnya beberapa kali. Setelah selesai sesi bertalaqqi, mereka boleh pula berpelukan dan bergurau senda. Pak Cik Arab ni talaqqi sampai Khatam 30 juzuk dengan Sheikh Hassan Rejab.

Apa yang saya belajar dari kisah ini, betapa ikhlasnya guru menegur anak muridnya. Marah kerana kesalahannya, bukannya marah kerana benci. Anak muridnya pula ikhlas dalam menuntut ilmu. Dengan usianya yang berumur 60+, tapi dia menurunkan egonya seorang lelaki dan ego sebagai orang yang berusia untuk menuntut ilmu. Sifat inilah yang perlu ada dalam diri seorang penuntut ilmu.

Pagi ni, lepas habis sesi Live #TajweedSantaiUstazZulAMukhlisin Musim 2, bertemakan “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”, tiba-tiba teringat pengalaman belajar dekat shoubra Mesir dengan Sheikh Hassan. Sheikh Hassan Rejab sangat dikenali dengan ketegasannya dalam mengajar Quran.

Time bukan waktu belajar Quran, sporting sangat-sangat tak payah cakap la.

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

Alhamdulillah.. Selama 3 tahun diberi REZEKI oleh Allah untuk berkhidmat apa yang mampu kepada sheikh. Saya sangat kagum dengan kesungguhan Sheikh dalam memberikan ilmu.

Salah satunya, keluar dari rumah selepas subuh lagi dengan menaiki BAS untuk pergi mengajar. Sejam sebelum maghrib barulah balik.

Kalau SUBUH pada musim panas. Pukul 3 lebih pagi dah subuh dah. Pukul 4 pagi dah keluar. Huhu hebat sangat-sangat. Begitulah rutin hariannya setiap hari.

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

Pesan Sheikh

Sheikh selalu berpesan, dalam mengaji Quran tak ada istilah CUTI.  Nak CUTI, sila meninggal.. Huhu (PEDAS n DEEP sangat-sangat)

Ketika tahun 2 di sana, saya mula mengikuti rutin harian Sheikh. Keluar pagi selepas subuh, balik sama seperti Sheikh. Kecuali hari selasa terpaksa balik awal.

“Ente Tuthbukh Eih Nahar Dah?”.. Hehehehe

“Awak memasak apa hari ni?”. Suara Sheikh masih kedengaran di telinga ini walaupun sudah 4 tahun yang lepas dibisik-bisikkan olehnya.  Itulah dinamakan keikhlasan Sheikh dalam membimbing saya.

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila

Saya pernah bertanya kepada Sheikh, kenapa tak banyak yang sheikh tegur ketika orang melayu atau arab bertalaqqi Quran dengannya.

Jawapannya, selagi GHUNNAH @ DENGUNG pun masih belum jaga, macam mana saya nak TEGUR kesalahan-kesalahan yang lain.

Sejak daripada itulah saya mempraktikkan kaedah yang digunakan oleh Sheikh kesayangan saya semasa mengajar student-student saya di Malaysia sekarang. Alhamdulillah, dah lebih 80 orang yang berjaya Khatam secara bersanad dengan saya. Kebanyakan student-student AlMukhlisin berumur 40+ ke atas.

Mereka ada yang telah berjaya hafal 12 surah panjang, seperti contoh surah Kahfi 110 ayat, surah Maryam 98 ayat dan lain-lain. Student ini umur 63 tahun. Student yang paling senior di AlMukhlisin umur 73 tahun. Saya kongsikan teknik & rahsia hafal Quran dalam video Panduan Mudah Hafal Quran.

Selagi DENGUNG TAK DENGUNG. PANJANG PENDEKNYA belum diambil berat, selagi itulah saya kurang MENEGUR untuk kesalahan-kesalahan lain.

Doakan semoga saya dan team AlMukhlisin dapat kumpulkan dan bimbing lebih ramai lagi kepada cinta ilmu, cinta Quran, cinta Allah dan cinta Nabi SAW. Kerana inilah perjuangan keluarga AlMukhlisin

Cerita Ghunnah Yang Tak Akan Dilupakan Sampai Bila-Bila
Rindu sangat-sangat dekat Sheikh Hassan Rejab.
* Gambar diambil masa Sheikh Hassan Rejab datang ke Malaysia.

Semoga Allah Allah membuka REZEKI lagi untuk berkhidmat kepada Sheikh lagi walaupun dalam beberapa minggu di masa depan. Semoga Allah panjangkan UMUR sheikh & sentiasa dalam keadaan SIHAT.

Semoga Allah membalas SYURGA FIRDAUS kepadanya.

Aaamiiin.

(Visited 321 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranBas MesirDengungDi RumahGhunnahMesirngaji QuranTajwidTajwid Santai

Discussion about this post

Previous Post

Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Next Post

Kenapa Perlu Baca Quran Walaupun Tak Faham?

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Tak Faham?

Kenapa Perlu Baca Quran Walaupun Tak Faham?

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Casino In Richmond United Kingdom
  • Online Casino Ireland Bonus
  • Spin Roulette

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?