Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
Tengah asyik menjamu selera, tiba-tiba Kareem membuka bicara.
 
“Ustaz.. Boleh ke, saya nak tanya soalan cepu mas sikit? Tapi, ustaz jangan terasa hati pula tau..”
 
Boleh je, Kareem, silakan..
 
Ustaz, kenapa kebanyakan ustaz-ustaz ni, badannya sedikit.. Hmmm.. Dot Dot Dot.. Ada sedikit besar.. Hehe..”Ustaz jangan terasa hati ye..”
 
Hehehe.. Tak lah, cuma rasa deep je.. Hehe.. Soalan anta Kareem bunyinya lawak tapi sangat bermanfaat..
 
 
Mafhum hadis Nabi SAW :
“Bacalah Al Quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada orang yang membacanya”
(HR. Muslim).
 
 
Inilah dipanggil sebagai Syafaat Al Quran (pertolongan Al Quran) sudah nampak di dunia lagi. Belum lagi, syafaat di akhirat. Saya ada nak cerita kepada anta, Kareem.
 
 
Cerita ini, sebelum saya diterima masuk belajar di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong MTAQ. Syarat kemasukan ke MTAQ ialah untuk tingkatan satu dan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah  5A. Tetapi, Alhamdulillah.. UPSR pada tahun itu, 2004. Satu Malaysia graf keputusan diturunkan. So, 4A pun dah diterima oleh MTAQ..
 
 Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Pemikiran Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Sebelum keputusan UPSR keluar, saya ada memberitahu umi. Kalau saya dapat 5A, saya nak masuk MRSM atau sekolah berasrama penuh. Untuk pengetahuan anta, pada tahun 2004 ini, boleh dikatakan majoriti pemikiran emak ayah, jika mengaji dekat sekolah agama, masuk sekolah tahfiz tak ada masa depan. Hinggakan saya pun turut sama terkena pemikiran macam ini.
 
Tetapi, Alhamdulillah.. Pada ketika itu, umi saya telah diberi taufiq dan hidayah oleh Allah untuk mendaftarkan saya ke sekolah Tahfiz. Ketika itu, umi tidak nampak lagi sekolah Tahfiz mana yang hendak dihantar.
 
Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
Gambar Umi & Ayah
Terima kasih Umi & Ayah di atas segala jasa Umi & Ayah

Pada suatu hari, umi terjumpa dengan seorang ustazah. Dan umi menyapa ustazah tersebut, sekadar untuk berkenalan. Maka terjadilah perbualan diantara mereka. Ketika asyik berbual umi bertanya soalan, ustazah bekerja dekat mana. Ustazah tadi, Kak Ti (bukan nama sebenarnya), memberitahu bahawa dia sedang mengajar di Maahad Tahfiz Sains. Di dalam hati umi berkata, macam tahu-tahu je, aku sedang mencari sekolah tahfiz.
 
“Kak Ti, tahu dekat mana nak hantar budak tingkatan satu untuk belajar di sekolah Tahfiz,”Tanya umi ringkas.
 
 Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
“Oh.. Dekat Pulai Chondong ada.. Suami saya, mengajar dekat situ. Borang kemasukan akak boleh ambil dekat Yayasan Islam Kelantan. Borangnya boleh diambil setelah keputusan UPSR keluar.”Jawab Kak Ti kepada Umi.
“Alhamdulillah.. Terima kasih ye Kak Ti. Nanti saya akan ambil setelah keputusan UPSR keluar.”
 
Tapi, saya masih ingat lagi ketika itu. Saya memberitahu Umi, jika saya dapat 5A. Saya tak nak ke Maahad Tahfiz itu.
 
 
Diringkaskan cerita..
 
 
 
KEPUTUSAN UPSR DIUMUMKAN
 
 
Saya hanya mendapat 4A 1C sahaja. Muka sangat frust, kerana saya adalah diantara pelajar target 5A.
 
 
 
Namun, pada hari ini saya sangat-sangat bersyukur kerana jika saya mendapat 5A ketika itu, saya mungkin tak akan ke sekolah tahfiz itu. Terima kasih Ya Allah.. Dan hari ini juga, Allah telah membuktikan bahawa orang yang mengaji sekolah agama, tahfiz mempunyai masa depan yang sangat-sangat cerah. Mana taknya, kalau tak dapat kerja pun, paling kurang boleh mengajar Al Quran. Pekerjaan yang sangat mulia.
 
 Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan
 
Hari ini juga, saya membaca satu buku yang sangat-sangat bagus untuk dijadikan inspirasi, motivasi dan panduan hidup. Buku Travelog Huffaz, karangan Ustaz Khairul Anuar Basri Al Hafiz. Diantara kata-kata yang membuatkan saya mengiyakan ialah guru Al Quran hidup mereka tidak pernah miskin. Jika mereka tidak kaya harta benda sekalipun, mereka kaya dengan murid-murid dan pelajar. Mereka kaya dengan doa dan ucapan yang baik-baik.
 
 
Memang benar pun.. Bahkan rezeki mereka sangat mudah. Buktinya, pada soalan cepu mas Kareem tadi la.. Kenapa kebanyakan ustaz-ustaz ni, badannya hmmm… dot dot dot.. Inilah dipanggil sebagai syafaat Al Quran sudah nampak ketika di dunia lagi, rezeki orang yang menghafal Al Quran, orang yang sentiasa bersama Al Quran sangat mudah dan melimpah-ruah.

Alhamdulillah.. Sekarang ini saya berada di AlMukhlisin. Dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk memberi manfaat kepada manusia melalui Al Quran.

 

Diantaranya program mengaji Al Quran di rumah-rumah. AlMukhlisin Home Quran. Untuk mereka yang ada MALU, Tiada suasana  belajar Al Quran Di Rumah, Tidak Boleh FOKUS, Tiada Masa Ke Kelas & Tidak konsisten Belajar Al Quran.


Program Al Quran melalui online, di media sosial. Tonton video ini untuk tengok Program-program di AlMukhlisin.

Program yang paling dinantikan oleh follower AlMukhlisin Home Quran. #TajwidSantai. Mengaji ilmu Tajwid secara Mudah & Santai.
Setiap Hari Isnin & Rabu
Pukul 10:00 Malam


Coretan ini saya tujukan untuk ibu bapa yang tak tahu nak hantar anak-anak ke mana, apabila melangkah ke alam menengah.
 
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman :
 
“Barang siapa yang sibuk membaca Al Quran dan zikir kepadaKU dengan tidak memohon kepadaKU, maka AKU beri sesuatu yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang yang minta”. Kelebihan firman Allah atas seluruh perkataan seperti kelebihan Allah atas seluruh makhlukNya”.
 
 
 
Kesimpulannya, diantara RAHSIA atau TIPS MURAH REZEKI adalah sentiasa bersama Al Quran. Lebih-lebih lagi, jika menghafal Al Quran.
 
 
 
Ooo.. Macam tu.. Alhamdulillah. Terima kasih ustaz, di atas pencerahan ini. InsyaAllah, saya akan tanam azam untuk hafal Al Quran dan sentiasa baca Al Quran setiap hari.
 
Dan yang paling penting saya akan share cerita ini kepada yang lain, supaya ramai lagi akan mula menghantar anak-anak, cucu-cicik & keturunan untuk menghafal Al Quran. Dan supaya semua orang sentiasa mewajibkan diri bersama Al Quran. 
 
 
Terima kasih banyak-banyak kepada Umi & Ayah, Murobbiku, Keluargaku, isteriku, Guru-guruku, Sahabat-sahabatku dan semua yang terlibat dalam perjalananku menuju kepada Allah..
#AlMukhlisin
 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This