Ya Allah! Engkau akhirkanlah kami dengan kematian yang baik dan
janganlah Engkau akhirkan ke atas kami dengan kematian yang buruk.
Aamiin.
Kematian yang dicemburui, Pensyarah UKM Almarhumah Zakiah binti Muhammadun di Masjid Bulat PJ. Meninggal selepas solat Maghrib hari Jumaat 07-Apr-17 dlm keadaan bertelekung dan tangan memegang erat Al Quran
Kemudian ditambah pula dengan kematian Ustaz Hj Jaffar Abdurrahman seorang Qori dari Indonesia ini sangat hebat. Mati ketika memperdengarkan bacaan Al Quran, Surah Al mulk.
https://www.youtube.com/watch?v=PIBcCR6rg4k
Ya ALLAH, beruntungnya kedua-kedua orang ini.
Ya ALLAH, anugerahkanlah juga kepada kami kematian seperti mereka ini. Kematian dalam keadaan kecintaan kepada Al Quran. Lidah masih basah membaca ayat-ayat suciMU.
Persoalan kepada kita?
Bagaimana untuk mendapatkan kematian seperti mereka?
Amalan istiqamah adalah cara untuk mendapat kematian yang baik ini.
Kita ambil contoh amalan baik yang di lakukan secara istiqamah oleh Almarhumah Zakiah binti Muhammadun :
Ini adalah himpunan amalan hasil kongsian dari rakan-rakan yg rapat dgn Almarhumah Zakiah binti Muhammadun .
Dia tidak menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan segalanya seperti biasa.
1. Dia akan bangun pada pukul 4.30 pagi, mandi, qiyam dan membaca al-Quran sementara menunggu Subuh. Dia lakukan amalan ini walaupun pada hari bercuti.
2. Dia berjaya hafaz Surah Al Kahf, Al Mulk, Al Waaqi’ah dan Yaseen. Almarhumah kini sedang cuba menghafaz Al Baqarah. Lazimnya bila dah hafal satu-satunya surah Almarhumah akan tasmik dengan ustazah untuk semak bacaan.
3. Rutin hariannya beliau akan mendengar bacaan Al Quran semasa dalam perjalanan pulang ke tempat kerja atau balik (Almarhumah tinggal di Seksyen 14 Petaling Jaya ke UKM).
4. Almarhumah dengan sabar menjaga ibunya yg tidak berapa sihat bagi satu tempoh yang agak lama.
5. Tidak ingat bila terakhir beliau marah kerana kehidupannya selalu tersenyum dan ketawa.
6. Almarhumah selalu bersyukur, turun kepada manusia di bumi, dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan, orang yang sangat mesra, mentor yang sangat bertanggungjawab.
7. Setiap Ramadhan: bersama-sama dengan rakan pejabat, Almarhumah memenuhi masa rehat mengetuai sesi tadarus. Juga bersedekah buah kurma pd rakan-rakan pejabat.
8. Sangat pemurah dan rajin bersedekah.
Setiap kali ada permohonan donation anak yatim dll, tidak pernah Almarhumah hampakan dan selalunya dibuat secara diam-diam, termasuk bagi membayar bil elektrik surau kg orang asli. Almarhumah juga selalu bayarkan bil bila makan dengan rakan-rakan pejabat.
Apa yang kami tahu dan itu apa yang kami nampak depan mata kami.
Masa hayatnya byk membantu org lain, masa meninggalnya juga banyak memberi keinsafan pada orang lain. Amalan arwah boleh menjadi kayu pengukur di mana kita berdiri sekarang.
Semoga kita hari ini adalah lebih baik daripada semalam.
AAMIIN..
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post