Di bawah ialah simbol dengung dan panjang yang ada dalam juzuk 7.
Simbol Bacaan Dengung
Antara simbol bacaan dengung yang ada dalam juzuk 8 ialah :
1. Mim mati ADA tanda mati
2. Tanwin TAK selari
3. Mim ada sabdu
4. Nun ada sabdu
Kesemua simbol ini mesti dibaca dengung dengan kadar 2 harakat.
Masih ingat lagi tak cara bacaan dengung yang pernah dikongsikan?
Klik SINI untuk ulangkaji, tau 😉

Simbol Bacaan Panjang
Jom kita lihat simbol bacaan panjang pula.
Sebenarnya ada banyak simbol bacaan panjang dalam juzuk 8 ini, cuma hanya beberapa sahaja yang dikeluarkan untuk kita ulangkaji.
1. Waw kecil
2. Tanda mad / ombak jumpa huruf hamzah Ø¡
Bagi simbol yang pertama, kadar harakat bagi bacaannya adalah 2 harakat sahaja.
Manakala bagi simbol yang kedua, bacaan boleh dipanjangkan samada 4 / 5 harakat.
Namun, sebaiknya kita baca dengan kadar 4 harakat sahaja bagi menepati peraturan bacaan yang betul menurut riwayat Imam Hafs ‘an ‘Asim.
“Macam mana peraturan bacaan yang betul tu ustaz?’
Haa, kalau nak tahu macam mana peraturan bacaan yang betul, kenalah BERGURU. Baru GURU boleh ceritakan dengan lebih mendalam lagi.
Untuk lebih penjelasan, boleh tonton video di bawah.
Mudah kan?
Ingat, kalau nak tahu dengan tepat dan nak betulkan bacaan, mestilah kena ada guru yang membimbing bacaan Quran kita.
Amacam, boleh ke boleh? 🙂
P/S : Untuk memastikan sebutan anda betul, anda perlulah berguru. (Bertalaqqi secara One-to-One).
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
Discussion about this post