Découvrez l'épopée ludique de Casinoly, où chaque partie est une quête pour la gloire. Inspiré par la splendeur de la Rome antique, ce casino vous propose une aventure inédite. Combattez dans des tournois, bénéficiez de bonus épiques et inscrivez votre nom dans le grand livre des vainqueurs.

L'apogée du gaming se trouve chez Europe Fortune Casino. Avec une plateforme intuitive et un catalogue de jeux triés sur le volet, il garantit une expérience de jeu sûre et élégante. Ici, la chance et le style se rencontrent pour créer un environnement de jeu idéal pour les joueurs les plus exigeants.

L'innovation est le maître mot de Unique Casino. Ce casino se distingue par son approche révolutionnaire, offrant des fonctionnalités inédites comme le retrait express et un support client ultra-efficace. C'est la destination parfaite pour ceux qui cherchent une expérience qui sort de l'ordinaire.

Bienvenue dans l'univers de Bruno Casino. Ce casino se distingue par son ambiance conviviale et sa large sélection de jeux pour tous les goûts. Que vous soyez un passionné de machines à sous ou un adepte des jeux de table, vous trouverez votre bonheur ici, avec des bonus qui vous accompagneront à chaque étape.

AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

QURAN ITU MUDAH BAGI YANG MEMAHAMI HIKMAH

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 5 mins read

وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh seorang Guru Besar sebuah sekolah swasta di Kelantan, iaitu Kak Norazizan Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Zan.

Kisahnya bermula dengan perkongsian pengalaman beliau dari zaman kanak-kanak. Kesemua dari kita akan mempunyai pengalaman berguru yang hampir sama. Kak Zan pun begitulah. Zaman berguru dengan tok guru Quran kampung agak “menakutkan” sebab tok guru dulu garang dan sentiasa ada rotan di tangan. Kalau tak dididik dengan tegas sebegitu, manakan Kak Zan dan kita semua akan menjadi kita hari ini kan.

BERHENTI MENGAJI QURAN SELEPAS SEKALI KHATAM

Setelah kematian tok guru Quran kampung, Kak Zan meneruskan pembelajaran Quran dengan bapa sehingga berjaya khatam bacaan Quran di peringkat sekolah rendah.

Masuk ke alam persekolahan menengah, Kak Zan ada berhajat untuk masuk ke sekolah agama, tapi belum kesampaian. Jadi, sepanjang persekolahan di peringkat menengah, beliau langsung tidak didedahkan dengan pembelajaran agama memandangkan sekolah menengah beliau pada ketika itu hanya menitikberatkan pendidikan matapelajaran duniawi.

BELAJAR DARI KESILAPAN ORANG LAIN

Satu peristiwa telah menjentik hati Kak Zan dan menguatkan lagi keinginan beliau untuk mendalami ilmu agama, apabila ada ahli keluarga beliau yang jatuh sakit selama hampir 20 tahun disebabkan gangguan sihir dan buatan orang. Kejadian itu telah membuka mata Kak Zan tentang kepentingan berdamping dengan Quran sebagai pelindung dan pemelihara dari gangguan sihir, jin dan syaitan. 

Selepas pemergian bonda tercinta pada tahun 2012, Kak Zan nekad berguru belajar Quran di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri selama hampir 2 tahun. Namun, pada ketika itu, Kak Zan belum merasa puas dengan proses pembelajaran yang dilalui.

Masa terus berlalu. Apabila Kak Zan sambung belajar di Malaysia Open University (OUM) atas keperluan kerja, tekanan terus menerus datang. Penat dengan proses pengajian, tekanan daripada orang atasan di tempat kerja dan lain-lain perkara menyebabkan Kak Zan mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk mencari ketenangan daripada Quran.

HIKMAH PERTEMUAN DENGAN ALMUKHLISIN

Sehinggalah pada 20 November 2015, Kak Zan ditakdirkan bertemu dengan Ustaz Zul AlMukhlisin selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sekerja beliau. Dari detik itulah, Kak Zan memulakan sesi talaqqi bacaan Quran bersama Ustaz Zul AlMukhlisin bermula dari Juzuk 30 atau Juzuk ‘Amma sebagai latihan bacaan di peringkat awal. 

Hikmah pertama yang dipelajari Kak Zan sepanjang berguru bersama Ustaz Zul AlMukhlisin adalah apabila beliau disuruh untuk talaqqi bacaan Quran bermula dari Juzuk 20. Sedikit pelik kan dari kebiasaan? Selalunya bagi orang yang baru nak mula mengaji Quran, guru akan mulakan dengan Juzuk 1, tapi tidak bagi Ustaz Zul. Ada sebab tertentu kenapa Ustaz memulakan sesi talaqqi dengan Juzuk 20. 

Bagi Kak Zan yang baru nak kembali berjinak-jinak dengan Quran, memulakan sesi talaqqi dengan Juzuk 20 adalah satu langkah yang agak sukar sehinggakan apabila selesai sesi kelas talaqqi bacaan Juzuk 20, Kak Zan hampir putus asa dan menangis semahu-mahunya kerana sudah mula merasakan sedikit kesukaran dalam proses belajar. 

Namun berkat kesabaran dan kesungguhan Kak Zan, akhirnya beliau mula memahami hikmah di sebalik semua yang berlaku. Kenapa Ustaz Zul sengaja mulakan sesi talaqqi dari Juzuk 20? Sebab semua sedia maklum, Juzuk 20 adalah sedikit sukar berbanding Juzuk 1. Jadi apabila seseorang boleh menyelesaikan bacaan ayat yang sukar, insyaAllah lama-kelamaan dia akan terbiasa dan ayat lain akan menjadi lebih mudah untuk dibacakan. Indah kan hikmah berkat kesabaran dan kesungguhan ?

Bermula dari 25 Disember 2015, Ustaz Zul mengamanahkan Kak Zan untuk istiqomah membaca 2 m/s sehari. Asbab keberkatan Quran dan doa guru itu sendiri, Kak Zan berjaya khatam bacaan 1x bersama Ustaz Zul AlMukhlisin. 

QURAN MENGUBAH HIDUP 360 DARJAH

Kak Zan juga ada berkongsi, sejak beliau kembali rapat dengan Quran, banyak perubahan yang dilalui oleh beliau. Kalau dulunya sentiasa serabut, stress dan baran disebabkan tekanan kerja dan masalah kehidupan seharian, hanya selepas sebulan beliau bertalaqqi secara konsisten bersama ustaz telah mengubah sikap beliau yang dulunya baran kepada lebih penyabar dan bersangka baik dengan segala ujian yang hadir.

Tambah Kak Zan lagi, berkat doa dan bimbingan seorang guru juga, beliau mula mendapat satu-persatu segala niat dan doa yang beliau pernah panjatkan satu ketika dulu. Kongsi Kak Zan lagi, sebelum beliau bertemu dengan Ustaz Zul AlMukhlisin, beliau sentiasa berdoa agar dapat bersama-sama dengan orang yang soleh dan beliau juga berharap anak-anak beliau seramai 4 orang akan menjadi seorang yang hafiz / hafizah Quran.

Sepertimana yang Kak Zan doakan, begitulah yang Allah berikan kepada beliau apabila dipertemukan dengan Ustaz Zul AlMukhlisin dan anak-anak beliau juga kini semuanya adalah hafiz / hafizah Quran. Alhamdulillah.

MENGAPA ALMUKHLISIN?

Kak Zan masih konsisten bertalaqqi dan dibimbing oleh Ustaz Zul AlMukhlisin sejak 2015 sehingga  kini walaupun sudah pernah khatam Quran turut berkongsi sebab kenapa beliau masih konsisten bersama AlMukhlisin adalah kerana sistem pembelajaran dan kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh AlMukhlisin sangat serasi dengan jiwa beliau yang sentiasa mencari ilmu berkaitan Quran. 

Terutamanya kaedah cerakin huruf hijaiyyah dan perkongsian ilmu ‘ulum Quran telah menarik hati Kak Zan untuk terus konsisten berguru bersama AlMukhlisin sehingga ke akhir hayat beliau. 

Ikuti perkongsian kisah inspirasi beliau dalam pautan video di bawah :

Pesan beliau di hujung bicara mengambil kata-kata dari sang Murabbi, jangan pernah ada perasaan bosan dan malas ketika belajar terutama belajar ilmu Quran. Teruskan baca dan belajar tanpa henti walaupun kita mungkin sudah tahu ilmu itu, tetapi percayalah, setiap ilmu yang dikongsikan oleh sang guru atau murabbi itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Dan beruntunglah orang-orang yang berjaya memahami hikmah sesuatu ilmu anugerah Allah.

Kini, setelah bacaan Quran Kak Zan sudah semakin baik, Kak Zan tidak lagi teragak-agak memasang hasrat untuk menghafal 30 Juzuk Quran sebelum menutup mata buat kali terakhir. InsyaAllah semoga niat baik Kak Zan dimakbulkan dan dipermudahkan untuk mencapainya. Mudah-mudahan aamiin.

Boleh dengarkan hafalan Quran Kak Zan yang dibimbing oleh Ustaz Zul AlMukhlisin dalam video di bawah :

Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Zan ?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan ini SEKARANG.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

(Visited 134 times, 1 visits today)
Tags: inspirasimotivasiQuranrezeki

Discussion about this post

Previous Post

QURAN UBAT PENAWAR TERBAIK

Next Post

AZAM MANFAATKAN NYAWA KE-2 UNTUK KONSISTEN BERGURU

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

AZAM MANFAATKAN NYAWA KE-2 UNTUK KONSISTEN BERGURU

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Une odyssée futuriste dans le monde du jeu en ligne
  • Un voyage chanceux au cœur d’un univers de jeu éclatant
  • Une escapade luxueuse dans l’univers du jeu en ligne

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?