Kelebihan Surah Al Baqarah

Kelebihan surah al baqarah

1. RUMAH TIDAK DIMASUKI SYAITAN

At Tirmidzi dan Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kubur, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al Baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang kosong dari kitab Allah (Al Quran)”.

2. PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN

Dari Abu Mas’ud Albadri r.a berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

“Barangsiapa membaca dua ayat dari surah Al Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat sama  dengan bersembahyang malam)”. Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

3. MENDAPAT SYAFAAT DIPADANG MAHSYAR

Surah Al Baqarah dan surah Ali Imran dipanggil surah Az Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:” Bacalah Al Quran kerana Al Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al Baqarah dan Ali Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat.”

4. MELINDUNGI DARI SIHIR

Kemudian beliau bersabda lagi, “Bacalah Al Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bermaksud penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya (si pembaca)”. Kedua hadis diatas diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As Shalah.

Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat. Imam Al Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga.”

5. UNTUK MEMOHON AGAR DOA DIKABULKAN

Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika malaikat jibril berada di sisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: “Ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:

“Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: Fatihul kitab dan akhir Al Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi.” (Riwayat Muslim)

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This