Dr Wan Mohd Izani b. Wan Mohamed, 44 tahun, bekerja sebagai Doktor Pakar Perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia telah pun mengikuti kelas bimbingan Quran bersama AlMukhlisin sejak tahun 2017 lagi.
Tulus mengakui, beliau mencari kelas Quran untuk memperbaiki bacaan Quran dan juga mendalami ilmu tajwid. Sebelum ini, tahap bacaannya berada pada tahap sederhana, tidak terlalu mahir hukum tajwid, bahkan dari segi bacaan juga masih banyak yang kurang tepat, ekoran belum pernah mengikuti mana-mana kelas mengaji secara khusus.
Ilmu Yang Diperoleh Sepanjang Pembelajaran Quran
Dr Izani turut berkongsi serba sedikit ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh berguru bersama AlMukhlisin, beliau dapat mengetahui komponen-komponen utama dalam ilmu tajwid, seperti panjang pendek, dengung tak dengung, makhraj sfat dan sebagainya.
Sifat ilmu, semakin dikongsi,semakin banyak pula ia bertambah. Begitu juga kebaikan, nak buat baik kena ajak ramai-ramai, barulah seronok dan lebih berkesan. Kelas bimbingan yang diambil merupakan kelas yang diadakan secara berkumpulan bersama staf-staf beliau, dan bertempat di pejabat beliau sendiri.
Keistimewaan Teknik Pembelajaran Punca Hati Makin Tertarik
“Saya rasa, kelainan AlMukhlisin adalah dari segi teknik-teknik yang mudah, dan juga formula-formula yang mudah. Orang muda dan juga profesional, rata-ratanya semua mencari sesuatu yang lebih mudah, praktika, dan senang nak ingat..”
Belum pun setahun mengikuti kelas bimbingan Quran, Dr Izani merasakan banyak perubahan dari segi bacaan Qurannya. Menurutnya, perubahan yang beliau rasakan adalah, bacaan beliau semakin lancar dan mahir. Lebih-lebih lagi, apabila mengikuti group Tadarus AlMukhlisin (TAM), motivasi untuk belajar dan memperbaiki bacaan Quran semakin tinggi.
Konsep Belajar Quran
Secara ringkasnya, konsep belajar Quran menurut perkongsian Dr Izani adalah,
- Teknik Mengenal Simbol
Belajar simbol sebenarnya lebih memudahkan kefahaman dan melatih cara bacaan yang betul. Walaupun belum dapat memahami nama hukum, namun teknik mengenal simbol lebih perlu diterapkan secara berperingkat, terutamanya bagi mereka yang masih di peringkat awal pembelajaran. - Teknik Mengenal Nama Hukum
Setelah mahir dengan teknik mengenal simbol, barulah teknik mengenal nama hukum boleh diterapkan. Teknik ini adalah sebagai pengukuhan dan pemantapan mutu ilmu yang diperolehi bersama guru.
Tonton lebih dekat perkongsian beliau di sini.
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing mereka ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post