Ada tak yang bila baca Quran, sering jumpa keadaan tanwin / nun mati tiada tanda mati yang bertemu huruf wau, tapi tak tahu macam mana cara nak baca? Keliru sama ada nak baca jelas ke, dengung ke tak dengung sebenarnya? Kalau dengung, macam mana pula cara dengungnya? Kalau tak dengung, kenapa?
Haa, jom kalau anda nak tahu, dalam ilmu Tajwid, nama hukum bagi keadaan tersebut adalah Idgham Ma’al Ghunnah.

📝 Ulangkaji Hukum Idgham Ma’al Ghunnah
Idgham bermaksud memasukkan.
Ma’al pula bermaksud bersama / berserta
Manakala Ghunnah pula maksudnya dengung.
Jadi, idgham ma’al ghunnah adalah memasukkan bunyi nun mati / tanwin ke dalam huruf selepasnya, samada huruf wau, ya. mim ataupun nun.
Jom kita lihat simbol bagi hukum idgham ma’al ghunnah :
ن \ ً ٍ ٌ + ي، و، م & ن
▪️ Contoh:
سَمُومٍ وَحَمِيمٍ
“Samuumiwwwa Hameem”
▪️ Contoh perkataan lain :
وَظِلٍّ مِّن يَحۡمُومٍ
“Wa zhillimm minyyyahmuum”
Banyak lagi contoh bagi hukum Idgham Ma’al Ghunnah ni. Jadi, sebagai pemantapan, apa kata anda cari lagi 5 contoh kalimah bagi Idgham Ma’al Ghunnah dalam surah Al Waqi’ah? 😉
Atau, bagi anda yang dah hafal surah Al Waqi’ah ni, boleh komen sahaja di bawah contoh-contoh perkataannya.
Boleh kan ?
Ada yang tanya ustaz :
“Ustaz, saya nak sangat hafal Quran, tapi susah lah nak ingat. Ada tak cara atau panduan mudah hafal Quran yang sesuai untuk semua peringkat umur?”
Jangan risau. Hafal Quran ini tak susah pun sebenarnya. Cuma ia bermula dengan macam mana cara fikir kita. Allah ulang sebanyak 4 kali dalam Quran bahawa Allah memang dah mudahkan Quran untuk kita hafal dan ambil peringatan daripadanya.
Firman Allah SWT :
وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”
(Al Qomar 5455, 54:17)
Mudah, tapi tetap ada panduan dan teknik-tekniknya untuk lebih memudahkan kita hafal Quran. Nak tahu? Klik di SINI SEGERA untuk dapatkan Panduan Mudah Hafal Quran, Ustaz ada buat tawaran special tau sekarang ni 😉
Jom kita lihat perkongsian ringkas mereka yang dah berjaya hafal Quran dengan panduan dan bimbingan guru.

Bila bacaan Quran semakin ok, bolehlah bersedia untuk hafal pulak kan. 😉”
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post