Seorang ibu berkerjaya, Puan Wina pilih untuk dibimbing apabila mula melihat & mencari ketenangan dalam hidup.
Selepas berkahwin & berkerja, masa beliau sangatlah sibuk. Siang hari di pejabat. Malam dirumah urus anak-anak. Nak baca Quran memang tak dapat. Nak keluar cari guru mengaji, memang tak terfikir langsung.
Tetapi ada sesuatu yang pelik. Beliau sangat suka mengumpul Quran, walaupun beliau tahu dirinya masih belum pandai membaca Quran. Hampir setiap kali gaji, beliau akan kumpul duit untuk beli Quran baharu. Baginya, hobi mengumpul Quran adalah sebagai doa dan motivasi buat dirinya supaya suatu hari nanti, beliau dapat baca Quran dengan lancar.

Ada macam-macam versi Quran yang dikumpul. Ada Quran Tagging, Quran Hafalan, Quran Terjemahan, Quran Waqaf & Ibtida’, dan lain-lain. Beliau seronok katanya “saya suka tengok koleksi Quran. “
“Tetapi, semua tu saya hanya mampu untuk pegang dan tengok je. Nak baca memang tak pandai. Sedih kan”.
Pencapaian Puan Wina
“Dulu waktu sekolah, saya suka berkawan dengan kawan-kawan yang suka mengaji Quran, tapi saya tak pandai baca. Nak habiskan Muqaddam pun susah”.
Alhamdulillah, asbab PKP pada bulan Mac 2020 yang lalu, hati beliau terdorong untuk mencari bimbingan guru bersama Quran.
“Saya rasa mahu belajar mengaji. Kerana saya memang tak dapat baca Quran baik. Saya taknak hidup saya kosong”.
Beliau terus buat keputusan untuk dapatkan bimbingan dan mendaftar program UAC pada Mac 2020.
Lebih setahun beliau dibimbing. Beliau mula memahami bahawa kehidupan ini sangat rumit jika tiada orang bimbing kita.
“Memang susah bila tiada bimbingan. Alhamdulillah sekarang sudah dibimbing AlMukhlisin, bacaan Quran saya sudah baik. Malah kehidupan saya lebih jelas hala tujunya dan lebih tenang”.
Antara rutin baru beliau:
“Sekarang ni saya dah boleh baca 3 muka surat Quran setiap kali lepas solat. Saya dapat rasa stress kehidupan saya dapat di urus dengan baik”.
Ringkasnya, apabila kita jaga hubungan dengan Allah, kehidupan kita lebih stabil. Emosi kita lebih terkawal. Alhamdulillah
Tonton lebih dekat perkongsian beliau di SINI.
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Puan Wina ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post