AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

AZAM MANFAATKAN NYAWA KE-2 UNTUK KONSISTEN BERGURU

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 6 mins read

Kak Mona atau nama sebenar beliau, Maimunah bte Abdul, adalah salah seorang student Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin sejak Jun 2020 yang lalu. 

Beliau yang berasal dari daerah Yishun, Singapura telah berkongsi bagaimana perjalanan beliau mencari ilmu Quran bertahun-tahun sehingga akhirnya bertemu dengan AlMukhlisin. 

Kak Mona dibesarkan dalam sebuah keluarga yang ada latar belakang pendidikan agama memandangkan datuk beliau sendiri adalah seorang Imam Besar masjid. Namun, Kak Mona terpaksa mengakui bahawa beliau dulunya tidak ambil serius dengan pembelajaran Quran ketika zaman kanak-kanak. 

Walaupun rumah beliau pada ketika itu berdekatan dengan masjid dan banyak kelas pengajian agama yang disediakan, Kak Mona antara “budak-budak nakal” yang sentiasa mengelak dari menyertai kelas pengajian agama. 

Pelbagai karenah dan alasan diberi untuk mengelak dari berjumpa dengan guru agama, siap menyorok bawah meja dan pelbagai telatah lain lagi. Nama lagi kanak-kanak kan, tak terlepas dari bersikap nakal dan malas.

MENYAMBUT HIDAYAH ALLAH

Sehinggalah beliau meningkat dewasa dan berkeluarga, Kak Mona masih lagi di tahap yang sama, acuh tak acuh dengan Quran. Walaupun beliau ada juga berguru belajar Quran dengan Qari Singapura, tapi tahap bacaan beliau tak banyak yang berubah kerana kesungguhan beliau pada ketika itu di tahap yang biasa-biasa.

Betullah kata pepatah Melayu “Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih”. 

Kak Mona antara hamba-hamba Allah yang terpilih untuk terus mendapat kebaikan dan kasih sayang Allah. Pada tahun 2015, Kak Mona ditakdirkan terlibat dengan satu kemalangan apabila beliau dilanggar oleh sebuah teksi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. 

Maha Suci Allah, penilaian manusia pada ketika itu menggambarkan seolah-olah Kak Mona tidak ada harapan untuk diselamatkan, namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Apabila Allah berkata “Kun Fayakun”, maka terjadilah sesuatu mengikut kehendakNya.

Maka dengan izin Allah, Kak Mona dihadiahkan dengan nyawa yang ke-2. Tidaklah sesuatu yang terjadi di atas muka bumi ini berlaku tanpa ada sebab di sebaliknya.

Kejadian ini telah mengetuk kembali hati Kak Mona apabila beliau sering berfikir apakah hikmah yang Allah sedang susun untuk beliau dengan kesempatan nyawa yang ke-2 ini. 

Tanpa berfikir panjang, Kak Mona nekad untuk kembali belajar Quran kerana beliau merasakan Allah sedang tegur dirinya yang telah sekian lama mengabaikan signal hidayah Allah. 

Mana taknya, sudah banyak tanda-tanda hidayah Allah buat dirinya; dibesarkan dalam keluarga yang ada latar belakang pendidikan agama, adanya kelas agama ketika di sekolah, rumah yang berdekatan dengan masjid yang sepatutnya memudahkan beliau untuk belajar dengan imam dan lain-lain peluang yang datang.

Tidak ada satu pun peluang yang dimanfaatkan dengan sebaiknya secara bersungguh-sungguh pada ketika itu. 

Jadi hikmah dari kemalangan yang berlaku, Kak Mona sangat beruntung kerana telah menjadi pilihan Allah di antara jutaan manusia yang lain. 

Selepas dari kejadian itu, Kak Mona terpaksa berhenti dari kerja beliau sebagai warden asrama sekolah remaja “istimewa” disebabkan tahap kesihatan dan stamina beliau yang tidak lagi seperti dulu. 

Mungkin itu juga adalah salah satu hikmahNya kerana sejak Kak Mona menjadi surirumah sepenuh masa, banyak masa yang Kak Mona ada untuk belajar Quran dan ilmu-ilmu agama yang lain.

MASA LAPANG DIMANFAATKAN UNTUK QURAN

Bermula perjalanan Kak Mona mencari guru Quran di sekitar Singapura dan Alhamdulillah ditemui apa yang dicari. Tetapi hati Kak Mona tetap belum berpuas hati, sebab walaupun guru yang beliau jumpa untuk berguru, baik belajar secara berkumpulan atau secara individu,beliau hanya diberi penekanan tentang asas bacaan tajwid Mad Asli dan hukum bacaan lain secara teori, tidak secara praktikal. 

Tetapi kerana ilmu, Kak Mona tidak berkira untuk terus berbelanja sejumlah wang setiap bulan untuk belajar Quran walaupun beliau belum lagi 100% berpuas hati dengan kaedah pembelajaran yang diajarkan.

Sehinggalah pandemik Covid-19 yang telah merubah hidup ramai orang, Kak Mona juga tak terkecuali. Disebabkan pergerakan sudah dihadkan, kelas-kelas mengaji yang Kak Mona sertai terpaksa dihentikan sementara. Jadi Kak Mona mula mengaktifkan diri secara online di platform Facebook untuk mencari sesiapa yang boleh mengajarkan Quran secara online. 

REZEKI BERGURU DENGAN ALMUKHLISIN

Nak dikatakan belum rezeki Kak Mona, walaupun sudah menemui satu platform berguru, ada pelbagai kesukaran yang dihadapi untuk mendaftarkan diri disebabkan oleh perbezaan negara, dan mode perpindahan pembayaran yang sedikit rumit.

Tapi lain pula kisahnya apabila Kak Mona mula mengikuti pembelajaran bersama Ustaz Zul AlMukhlisin melalui slot Waqiah Magnet Rezeki Season 1 dan Ustazah Fathiah AlMukhlisin melalui slot 30 Minit Ustaz AlMukhlisin (30MUM) di Facebook Page AlMukhlisin Home Quran.

Apa yang menarik, selepas Kak Mona dah jatuh cinta dan mula merasai keserasian dengan teknik pembelajaran dan pengajaran AlMukhlisin, Kak Mona tanpa bertangguh lagi terus mendaftarkan diri untuk menyertai kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin.

Ada yang lagi best dengan AlMukhlisin ni, menurut Kak Mona juga, beliau bukan sahaja diberi pilihan untuk belajar dengan ustaz @ ustazah, masa kelas juga adalah fleksibel dan boleh disusun mengikut kelapangan masa murid. 

Kaedah pembelajaran juga boleh disusun mengikut citarasa dan kemampuan murid itu sendiri. Bagi Kak Mona, beliau lebih sukakan mod pembelajaran yang perlahan dan berulang-ulang memandangkan factor usia dan batas kemampuan untuk memahami sesuatu ilmu. Dan perkara itu juga tidak menjadi masalah bagi tenaga pengajar AlMukhlisin untuk menunaikan apa yang dihajatkan oleh student.

KEBERKATAN DALAM MENUNTUT ILMU

Pesan sang guru suatu masa dulu, tanda sesuatu ilmu itu memberi kesan dan diberkati, seseorang murid itu boleh mengulang kembali ilmu yang dipelajari untuk diajarkan kepada orang lain. Dan hal itu juga adalah sebagai bekal pahala seseorang seperti yang sudah termaktub dalam sebuah hadis sahih, 

“Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah darinya segala amalan, kecuali 3 perkara; anak soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapanya, ilmu yang bermanfaat dan sedeqah jariah.” (Sahih Muslim)

Disebabkan itulah, Kak Mona banyak berlatih bacaan makhraj dan sifat huruf bersama cucu beliau untuk memantapkan lagi pemahaman dan penguasaan praktikal bacaan Quran. Dan yang lebih mengharukan, kerana seronoknya beliau belajar Quran bersama AlMukhlisin, Quran kini sentiasa bersama tidak kira di mana sahaja berada, baik ketika menunggang motosikal, atau ketika makan angin bersama keluarga di tepi pantai, Quran tetap sentiasa dialunkan di bibir sebagai latihan berterusan.

Di akhir perkongsian beliau, Kak Mona sekali lagi memberikan penekanan tentang keistimewaan berguru bersama AlMukhlisin, terutama kaedah cerakin huruf Hijaiyah yang telah berjaya membantu Kak Mona untuk lebih faham perkataan-perkataan bersambung dalam Quran. Juga perkongsian ilmu ‘Ulum Quran seperti Ilmu Fawasil, Ilmu Dhabt, Ilmu Rasm, Rahsia 6 item bacaan dan pelbagai cabang ilmu lain selain ilmu Tajweed turut diketengahkan sepanjang proses berguru bersama AlMukhlisin.

TINDAKAN PENENTU SESUATU KEJAYAAN

Pesan Kak Mona, sekiranya kita merasakan sesuatu ilmu itu baik untuk kehidupan kita dunia dan akhirat, jangan bertangguh untuk bertindak demi mengubah kehidupan. Lebih-lebih lagi lah apabila ianya berkaitan dengan Quran. Azam Kak Mona, beliau mahu konsisten berguru bersama AlMukhlisin sehingga ke akhir hayat beliau.

Mudah-mudahan segala hajat baik Kak Mona dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah.

Ikuti perkongsian kisah inspirasi beliau dalam pautan video di bawah :

Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Mona ?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan ini SEKARANG.

(Visited 62 times, 1 visits today)
Tags: inspirasimotivasiQuranrezeki

Discussion about this post

Previous Post

QURAN ITU MUDAH BAGI YANG MEMAHAMI HIKMAH

Next Post

UJIAN RUMAHTANGGA BUKA REZEKI MENDEKATI QURAN

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

UJIAN RUMAHTANGGA BUKA REZEKI MENDEKATI QURAN

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?