AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

2 Teknik Belajar Hukum Mad Yang Ramai Nak Belajar

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
2 Teknik Belajar Hukum Mad Yang Ramai Nak Belajar

HUKUM MAD

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MAD?

Mad dari sudut bahasa bermaksud panjang.

Dalam istilah ilmu tajwid pula, ia bermaksud harakat, atau kadar panjang bacaan pada kalimah-kalimah tertentu. Kadar panjang bagi Mad adalah bermula daripada 2 harakat hingga 6 harakat sahaja, manakala 1 harakat tidak termasuk dalam perbahasan MAD. 

 

Macam mana nak tahu tentang MAD ni ustaz? 

Untuk faham tentang MAD, ada 2 teknik, iaitu :

  1. Teknik Nama Hukum
  2. Teknik Simbol Rasm Uthmani

 

HUKUM MAD

Jika kita menggunakan teknik Nama Hukum, kita kena tahu, hafal dan ingat 19 nama-nama hukum Mad untuk kuasai bacaan yang lancar. Banyak kan? Bukan sekadar tahu nama hukum je tau, kena tahu juga macam mana keadaannya, dan apa perbezaan dengan hukum yang lain. Tapi, kalau kita menggunakan teknik simbol Rasm Uthmani, kita hanya perlu tahu pecahan kadar panjang yang terbahagi kepada 4 bahagian sahaja.

 

Teknik Nama Hukum 

Senarai 19 nama-nama hukum Mad, iaitu;

  1. Mad Asli/Mad Thobie
  2. Mad Asli Harfi/Mad Zaati/Mad Asli Sinaie
  3. Mad Iwad
  4. Mad Badal
  5. Mad Silah Qosirah
  6. Mad Silah Thowilah
  7. Mad Lin
  8. Mad Wajib Muttasil
  9. Mad Jaiz Munfasil
  10. Mad Aridh Lissukun
  11. Mad Lazim Kalimi Musaqqol
  12. Mad Lazim Kalimi Mukhoffaf
  13. Mad Lazim Harfi Musaqqol
  14. Mad Lazim Harfi Mukhoffaf
  15. Mad Tabri’ah
  16. Mad Tamkin
  17. Mad Ta’zim
  18. Mad Syahibul Badal
  19. Mad Farq

 

Saya senaraikan nama hukum Mad mengikut kumpulan harakat-harakatnya ;

1) 2 HARAKAT : Ada 8 nama hukum, iaitu ;

  1. Mad Asli/Mad Thobie
  2. Mad Asli Harfi/Mad Zaati/Mad Asli Sinaie
  3. Mad Iwad
  4. Mad Badal
  5. Mad Silah Qosirah
  6. Mad Tabri’ah
  7. Mad Tamkin
  8. Mad Syahibul Badal

Kesemua 8 nama hukum ini dibaca dengan kadar panjang 2 harakat sahaja. 

 

2) 2, 4, 6 HARAKAT : Ada 2 nama hukum, iaitu ;

  1. Mad Lin
  2. Mad Aridh Lissukun

 

3) 4, 5 HARAKAT : Ada 4 nama hukum, iaitu ;

  1. Mad Wajib Muttasil
  2. Mad Jaiz Munfasil
  3. Mad Silah Thowilah
  4. Mad Ta’zim

 

4) 6 HARAKAT : Ada 5 nama hukum, iaitu :

  1. Mad Lazim Kalimi Musaqqol
  2. Mad Lazim Kalimi Mukhoffaf
  3. Mad Lazim Harfi Musaqqol
  4. Mad Lazim Harfi Mukhoffaf
  5. Mad Farq

 

Haa amacam, mudah ke senang? Jom kita tengok teknik simbol pula. Kalau menggunakan teknik simbol, inshaaAllah lagi mudah, santai dan sesuai untuk semua peringkat umur.

 

Teknik Simbol Rasm Uthmasni 

Teknik simbol dalam Rasm Uthmani mengikut kumpulan harakatnya.

1) 2 harakat

Kumpulan A

2 harakat
Kumpulan A ini adalah huruf-huruf mad yang berada di tengah atau hujung perkataan, pada ketika bacaan sambung ataupun berhenti.

 

Kumpulan B

2 harakat
Kumpulan B pula adalah bacaan panjang ketika berhenti sahaja. Formulanya adalah, tanwin baris atas, apabila berhenti dibaca dengan satu baris sahaja, dan dipanjangkan dengan kadar 2 harakat. Kecuali, apabila perkataan tersebut berakhir dengan huruf TA’ MARBUTHOH, maka ia akan dibaca dengan bunyi huruf HA.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kumpulan C

2 harakat
Kumpulan C ialah Huruful Muqotho’ah, iaitu huruf yang terpotong yang berada pada ayat pertama dalam sesetengah surah, dan dibaca secara terputus-putus. Contohnya : يسٓ , صٓۚ , الٓمٓ , dan sebagainya. Kadar harakat bagi huruful muqotho’ah ini adalah 1 harakat bagi huruf Alif, 2 harakat bagi yang tiada tanda Mad ( ~ ), dan 6 harakat bagi huruf yang ada tanda Mad (~) di atasnya.

 

 

Kumpulan D

2 harakat
Kalau nak berhenti pada kalimah yang ada tanda Mad / tanda Ombak, dan tak sempat bertemu dengan huruf hamzah selepasnya, maka ia mesti dibaca dengan kadar 2 harakat. Contohnya, قَالُواْ سُبۡحَٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآۖ إِنَّكَ Waqaf pada perkataan عَلَّمۡتَنَآۖ hanya dengan kadar 2 harakat sahaja sebab tanda ombak tak sempat bertemu dengan ء . Jadi, jangan baca 4 / 5 harakat pula tau.

 

 

2) 2, 4, 6 harakat

2 4 6 harakat
Kadar panjang bagi kumpulan ini adalah mengikut pilihan, sama ada nak berhenti dengan 2, 4 ataupun 6 harakat. Nama hukum bagi keadaan ini adalah Mad Aridh Lissukun dan Mad Lin Lissukun.

 

 

3) 4,5 harakat

4,5 harakat
Bila jumpa tanda mad / tanda ombak bertemu dengan huruf ء, terus dibaca dengan kadar 4 / 5 harakat. Tapi, sebaiknya kita ambil 4 harakat sahaja.

 

 

4) 6 harakat

6 harakat
Bagi kadar 6 harakat, simbolnya adalah tanda mad / ombak bertemu SELAIN ء, dan tanda mad yang ada pada huruf Muqotho’ah. *Rujuk juga kumpulan C.

 

 

Untuk penerangan dengan lebih mudah, saya ada kongsikan dalam #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin 7.30 pagi setiap hari di FB Page AlMukhlisin Home Quran dengan tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”.

 

Oh ye. Ada yang nak ustaz bantu macam mana nak hafal Quran cara mudah? InshaaAllah ada beberapa panduan mudah yang ustaz dah susun untuk anda. Klik di SINI untuk info lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran. 

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 4,249 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranDVDFormula Mudah Belajar Tajwidhukum madMadTajwid

Discussion about this post

Previous Post

Bagaimana Perasaan Anda Ketika Membaca Al Quran?

Next Post

Hikmah Kuda Dalam Surah Al A’diyat Yang Ramai Tak Tahu

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Hikmah Kuda Dalam Surah Al 'Adiyat

Hikmah Kuda Dalam Surah Al A'diyat Yang Ramai Tak Tahu

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?