Zikirku Shodaqa Allahul Azdim

zikir

“Umi, cantiknya umi. Umi ke ni?”

“Ye, umi la ni, wahai alongku sayang.”

“Kita dekat mana ni?”

“Kita di syurga, along.”

“Syurga? Macam mana, umi boleh masuk syurga? Setahu along, umi punya amalan biasa je. Bukan ke umi, tak pandai baca Al Quran masa di dunia.”

“Betul, along. Amalan umi tak banyak, dan umi jahil. Tapi, amalan yang buatkan umi masuk syurga ialah setiap hari umi akan khatam Al Quran dengan hanya membelek helaian Al Quran sambil menyebut shodaqa Allahul adzim (benarlah kata-kata Allah)

Maksudnya, Allah tidak pernah menipu walaupun satu ayat bahkan satu huruf.”

“Setiap kali, umi membelek helaian quran dan menyebut sodoqa Allahul adzim, setiap kali itu juga umi menangis. Along boleh tengok Al Quran umi di dalam bilik solat umi.”

“Aku pun tersedar dari mimpi indahku. Dan terus pergi ke bilik solat umi.”

Masya ALLAH. Al Quran umi penuh dengan kesan air mata.

Dalam hatiku, umi doakan along dapat bersama umi nanti ye. Along akan baca Al Quran 3 juzuk dan lebih lagi setiap hari.

………………………….

Moral of story, kalau orang yang tak boleh baca Al Quran pun boleh masuk syurga disebabkan kesungguhan dia walaupun dengan hanya menyebut shodaqa Allahul adzim.

Kita yang terer baca quran ni, kenapa tidak curi masa untuk membaca Al Quran.

Orang yang baru belajar baca Al Quran, jangan putus asa. Allah tidak nilai kepada hasil kita tapi kesungguhan kita.

Yang belum mula. Mulakan sekarang. Kita tidak tahu bila ajal kita.

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This