Yang Sakit Lutut Je, Tekad Mahu Belajar Al Quran Hingga Ke Akhir Hayat

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Tak ada apa nak buat lepas pencen, Kak Ni nekad mahu fokus belajar al Quran sungguh-sungguh.

Kak Ni yang sibuk dengan jadual harian al Quran nya yang padat. Pagi temujanji doktor di hospital, sebelah petang tetap meneruskan kelas al Qurannya.

Walaupun pergerakan Kak Ni agak terhad, tetapi ia tidak menjadi halangan untuk setia bersama al Quran. Apabila ditanya mengenai kesedaran dan semangat dalam diri Kak Ni, dia menceritakan bahawa dia mahu menghabiskan masa-masa yang ada ini untuk betul-betul fokus belajar ilmu al Quran.

Puan Roshani Awang, 61 tahun, atau lebih mesra dipanggil Kak Ni menetap di Kubang Kerian, Kelantan.

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Program AlMukhlisin Home Quran telah membuka matanya tentang mudahnya belajar tajwid dan senangnya mengaji dengan bimbingan Ustaz/Ustazah. Kak Ni merupakan salah seorang pelajar AlMukhlisin Home Quran. Bulan april nanti, genaplah 2 tahun Kak Ni bersama dalam program AlMukhlisin Home Quran.

Jelasnya, AlMukhlisin telah membantu bukan sahaja dari segi bacaan al Quran dan ilmu tajwid, tetapi turut sama membantu menambah nilai dari segi ilmu-ilmu fardhu ain dan motivasi.

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

aktiviti harian penuh dengan kelas-kelas al quran.

Kak Ni merupakan seorang pesara kerajaan, betul-betul memanfaatkan aktiviti hariannya dengan kelas-kelas pengajian al Quran. Bukan sahaja menyertai program AlMukhlisin, bahkan dia turut menyertai kelas-kelas lain melalui platform online mahupun offline, daripada para asatizah yang tersohor di Malaysia, antaranya kelas mengaji online Tajwid Santai, kelas online Ustaz Asraff Ayob, Ustaz Arif Asa’ad, dan ramai lagi. Tambahan lagi, dia turut aktif dengan kelas pengajian al Quran di masjid taman perumahannya.

Sikap Kak Ni yang boleh dipuji ialah, dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Buktinya, dalam mendalami ilmu tajwid sendiri, dia tidak hanya bergantung pada ilmu yang Ustaz ajar semata-mata, tetapi turut mencari bahan bacaan tambahan dengan membeli banyak buku tajwid.

Tidak cukup dengan ilmu tajwid semata-mata, dia turut sama belajar ilmu bahasa Arab, kerana berkobar-kobar nak memahami bahasa al Quran. Kehidupannya jelas menunjukkan dirinya sentiasa mahu bersama al Quran.

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

kuat semangat dan bersungguh-sungguh.

Kental sungguh semangat Kak Ni. Walaupun diuji dengan lututnya yang sakit, terpaksa ke hospital, kadang-kadang memang tak larat nak berjalan jauh, pergi ke masjid pun kadang-kadang tak larat nak jalan kaki.

Katanya, dorongan hatinya yang kuat menyebabkan dia semangat untuk belajar. Ditambah dengan waktu lapang yang banyak, dia merasakan inilah waktunya untuk fokus menambah ilmu dalam diri dan keluarga. Lagipun, di usia senja sebegini, tidak ada apa lagi yang lebih penting melainkan mempelajari ilmu agama.

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Kak Ni turut berkongsi rutin hariannya dengan al Quran. Katanya, setiap pagi sebelum Subuh, dia akan mulakan dengan membaca al Quran. Kadang-kadang 1 juzuk sempat dihabiskan sebelum azan Subuh berkumandang.

Setiap malam sebelum tidur, dia akan baca surah al Mulk. Hinggakan surah al Mulk sudahpun berjaya dihafal oleh Kak Ni dengan bimbingan Ustaz AlMukhlisin, Alhamdulillah!

Jangan tinggal Quran, kalau tak pandai, belajar.

Apa yang menyedihkan Kak Ni, dia kecewa melihat sikap sesetengah orang yang mengambil mudah dan tidak cakna tentang pentingnya menjadikan al Quran sebagai bacaan harian.

Bersungguh-sungguhlah mempelajari al Quran, carilah guru untuk bantu kita. Jangan malu nak belajar, kerana kita semua bermula dengan tak pandai. Semoga usaha kita mendampingi al Quran menjadikan al Quran sahabat karib kita dunia dan akhirat.

“Apa yang hati kita rasa, apa yang fikiran kita nak, itulah tindakan yang kita buat. Terima kasih Ustaz Zul dan team AlMukhlisin kerana bantu saya.”

Yang sakit lutut je tekad mahu belajar al Quran hingga akhir hayat

Adakah anda mahu menyuntik semangat baru dalam diri? Adakah anda mahu ubah diri anda dan kelurga anda supaya lagi baik selepas ini?Kami di AlMukhlisin sentiasa ingin bantu anda untuk jadi yang terbaik.

Klik link ini untuk kami bantu anda segera.

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This