USIA 62 TAHUN BUKAN PENGHALANG HAFAL QURAN : KISAH KEJAYAAN KAK ROSHANI AWANG

Penutup tahun 2020 diserikan dengan satu berita gembira bagi para pembimbing Quran di AlMukhlisin.

Tidak ada yang lebih menggembirakan hati sang guru melainkan dengan melihat kejayaan anak didik mencapai kejayaan demi kejayaan dalam proses menuntut ilmu.

Inilah kisah Puan Roshani Awang, 62 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ni.

Seorang yang sangat gigih dalam menuntut ilmu walaupun diberi pelbagai ujian.

Perjalanan kisah beliau yang ditimpa dengan ujian kesihatan tidak menghalang beliau untuk konsisten berdamping dengan Quran sebagai pengubat segala penat lelah.

Boleh baca kisah beliau di sini.

Selepas 3 tahun konsisten berguru bersama AlMukhlisin, alhamdulillah dengan izin Allah, usaha beliau membuahkan hasil yang sangat mengagumkan.

Bermula dari level membaca Quran secara biasa-biasa, Ustaz AlMukhlisin telah bimbing beliau untuk naik ke level seterusnya iaitu menghafal Quran.

SERONOK KE? MUDAH KE HAFAL QURAN?

Apa yang lebih menarik, teknik hafalan yang diajarkan AlMukhlisin bukanlah sekadar hafalan di bibir semata-mata, tetapi teknik hafalan yang akan mengubah persepsi bahawa hafalan Quran itu susah dan mustahil, lebih-lebih lagi apabila usia telah semakin lanjut.

Ternyata, Kak Ni berjaya membuktikan, dengan berkat bimbingan seorang guru secara konsisten, beliau berjaya merasai pengalaman menghafal Quran yang sangat mudah dan menyeronokkan.

Saksikan video di bawah :

3 POINT PENTING PERKONGSIAN KAK NI :

  1. Belajarlah baca Quran walaupun bermula dari level merangkak-rangkak, biar sampai tahap boleh baca dengan lancar.
  2. Belajar Quran ni jangan hadkan kepada belajar ilmu Tajweed sahaja, sebab ada banyak lagi ilmu-ilmu berkaitan Quran yang kita perlu kuasai selain ilmu tajweed.
  3. Usia bukanlah faktor penghalang untuk belajar dan memahami ilmu – ilmu Quran, belum terlambat untuk mulakan belajar baca, hafal dan faham Quran bermula dari sekarang.

Lumrahnya, setiap kejayaan yang manis itu bermula dengan liku-liku kesusahan yang pahit dan mencabar.

Anda boleh baca kembali kisah beliau di sini.

Adakah anda terinspirasi dengan kisah kejayaan Kak Ni ?

Mahukah anda menjadi seperti beliau?

Usah bertangguh lagi. Apa yang membezakan orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah TINDAKAN.

Pasanglah azam tahun baru 2021 nanti untuk menjadi seorang hamba yang lebih dekat dengan Allah melalui kalam QuranNya yang suci dan mulia.

AlMukhlisin sentiasa mengalu-alukan anda untuk dibimbing secara intensif sebagaimana yang telah dilalui oleh Kak Ni sehingga berjaya menghafal Quran.

Anda mahu dibimbing? Klik link ini segera.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This