UJIAN KESUSAHAN PENYEBAB KEMBALI KEPADA QURAN

Ada satu pepatah Inggeris menyebut, “Better Late Than Never”. Kalau diterjemahkan, maksudnya adalah “Lebih baik lambat dalam memulakan sesuatu daripada langsung tidak pernah memulakan”. 

Itulah yang dikongsikan oleh Pn Noraini Adnan, atau lebih mesra dikenali dalam kalangan student Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin sebagai Kak Memi.

Kak Memi telah berkongsi kisah perjalanan beliau sepanjang bersahabat dengan Quran bermula daripada acuh tak acuh dengan Quran sehinggalah beliau kini adalah antara orang yang sangat konsisten belajar Quran secara berguru bersama AlMukhlisin.

KENANGAN MENGAJI QURAN ZAMAN KANAK-KANAK

Kisah awal Kak Memi berkenalan dengan Quran bermula seperti kanak-kanak lain di zaman beliau. Trend mengaji budak-budak kampung dengan guru Quran sudah menjadi kebiasaan dalam kamus hidup kebanyakan kanak-kanak awal 70-an hingga 90-an.

Gambar sekadar hiasan

Cuma beruntungnya Kak Memi ni sebab yang mengajarnya pada ketika itu adalah datuk beliau sendiri yang merupakan guru Quran di kampung.

SEMAKIN SIBUK DENGAN URUSAN DUNIA

Disebabkan latar belakang keluarga yang ada asas pendidikan agama, beliau telah berpeluang untuk bersekolah di sekolah agama pada ketika itu. Tapi benarlah kata pepatah, iman itu tak dapat diwarisi. Walaupun beliau bersekolah agama, tidak menjadikan Kak Memi seorang yang akrab dengan Quran.

Sehinggalah Kak Memi menginjak ke alam kerjaya dan berkeluarga, Kak Memi sendiri akui beliau semakin lama semakin jauh dengan Quran. Malah menjadikan Quran itu sebagai bahan bacaan hanya ketika ada waktu lapang sahaja. Paling tidak, rutin baca Quran hanya pada malam jumaat. Itupun baca surah Yasin sahaja. 

UJIAN TANDA ALLAH SAYANG

Pada penghujung tahun 2016, Allah masih menyayangi beliau dengan diujinya berupa kehilangan kerja, ketiadaan sumber kewangan dan hilangnya ketenangan dalam hidup. Dari situlah bermulanya Kak Memi mencari kembali sumber ketenangan hakiki daripada Quran Kareem.

Benarlah janji Allah, 

الَّذينَ آمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Surah.My)

Maha Baiknya Allah sebab Dia tahu Kak Memi sedang mencari semula arah tuju kehidupan, jadi Allah rezekikan Kak Memi bertemu dengan seorang hamba Allah bernama Tuan Raja Azmi, yang pada ketika itu adalah CEO Syarikat MAHB. Tuan Raja Azmi ini adalah orang yang telah memperkenalkan kepada Kak Memi satu platform untuk konsisten mengaji Quran iaitu Group TAM AlMukhlisin. 

Tanpa berfikir panjang, Kak Memi terus sertai circle TAM AlMukhlisin untuk kembalikan momentum beliau dalam mengaji Quran. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang sebab dari TAM AlMukhlisin itulah Allah mula campakkan perasaan suka dan sayang dengan Quran.

Hanya bermula sebagai peserta yang diwajibkan untuk baca sejuzuk seminggu, Kak Memi akhirnya telah berani untuk pikul tanggungjawab dan amanah sebagai Admin TAM AlMukhlisin. Betapa beliau merasa seronok dengan circle TAM AlMukhlisin yang telah berjaya menjadikan beliau konsisten untuk mengaji Quran setiap hari. 

HIKMAH TERBESAR PKP MAC 2020

Namun, kasih sayang dan rahmat Allah itu sangat luas. DiberiNya lagi sentuhan hidayah kepada Kak Memi melalui hikmah PKP pada bulan Mac 2020. 

Pada waktu itu, AlMukhlisin ada mengadakan kelas talaqqi secara online dan one-to-one memandangkan pandemik Covid-19 tidak mengizinkan kelas diadakan secara offline. 

Kak Memi juga turut serta untuk talaqqi one-to-one bersama AlMukhlisin hanya dengan niat nak tahu berapakah markah bacaan beliau. Beliau kongsikan pada ketika itu, rasa sangat yakin akan memperoleh markah yang tinggi telah mendorong beliau untuk memperdengarkan bacaan di hadapan Ustaz AlMukhlisin dengan penuh yakin.

Rupa-rupanya sangkaan beliau meleset sama sekali. Sekali lagi Allah memberi teguran kepada Kak Memi dengan markah bacaan yang tak sampai pun 50%. Dari saat itulah, Kak Memi mula sedar diri yang selama ini, dia hanya “syok sendiri” sebab merasakan dirinya sudah hebat dalam bacaan Quran. 

KESEDARAN UNTUK BERGURU

Tanpa menoleh ke belakang, Kak Memi telah memutuskan untuk belajar Quran secara berguru melalui program Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin. Sebab Kak Memi dah mula sedar yang belajar Quran ni bukan setakat belajar baca sahaja, tapi penting juga untuk belajar hukum hakam bacaan bertajwid.

Kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin yang disertai Kak Memi

Antara program menarik yang AlMukhlisin dah sediakan untuk Kak Memi dari awal 2017 sehingga sekarang adalah melalui platform TAM AlMukhlisin > Majlis Ilmu ITQK Bedah 16 Surah Pilihan > Majlis Ilmu ITQK Iqro > Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin.

Kelas UAC Kak Memi bersama Ustazah Ismahani AlMukhlisin
Konsisten berguru dalam kelas Ulul Albab Circle sejak PKP Mac 2020 lalu sehingga kini.

SANGKAAN MELESET 100% !

Apa yang lebih menarik, melalui Majlis Ilmu Bedah 16 Surah Pilihan dan Majlis Ilmu ITQK Iqro juga, Kak Memi dapat pelbagai ilmu baru yang bukan biasa-biasa! Salah sangkaan Kak Memi apabila beliau ingatkan Majlis Ilmu ITQK Iqro hanya akan belajar Iqro semata-mata, tapi rupanya banyak lagi cabang ilmu lain yang AlMukhlisin kongsikan seperti kaedah Cerakin Huruf, Ilmu Dhobt, Ilmu Resm, Ilmu Fawasil dan lain-lain. 

Manusia itu merancang, Allah juga merancang. Berkali-kali Kak Memi telah jatuh cinta dengan kaedah penyampaian ilmu AlMukhlisin yang telah banyak memudahkan beliau dalam mempelajari Quran dan menghayati setiap patah ayat Quran tu sendiri. 

Sebab itulah Kak Memi tak sekali-kali lepaskan peluang kedua yang Allah dah bagi untuk beliau mendekati Quran. Sebab beliau dah rasakan sendiri, bagaimana keberkatan Quran telah memberikan 1001 perubahan dalam kehidupan beliau sekeluarga. 

DULU LAIN, SEKARANG LAIN, KERANA BERKAT QURAN

Kalau dulunya hati sentiasa resah gelisah, nak marah sana sini, dengan berkat Quran, hati sentiasa tenang.

Kalau dulunya masalah yang datang dirasakan tersangat besar dan membebankan, dengan berkat Quran, segala masalah dirasakan kecil dan seolah-olah seperti telah selesai, walaupun hakikatnya masalah itu masih ada.

Kalau dulunya, hanya beliau seorang yang bersusah-payah mencari penyelesaian masalah daripada Quran, dengan keberkatan Quran dan doa berterusan, suami beliau juga telah terbuka hati untuk kembali melazimi Quran melalui platform Circle TAM AlMukhlisin. 

Betapa Allah telah menghadiahkan perasaan tenang dan bahagia dalam kehidupan Kak Memi, suami dan anak-anak sebab dari keberkatan Quran yang didampingi setiap hari.  

Benarlah kata orang ‘alim, ketenangan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Apabila sapaan hidayah itu datang, sambutlah. Sebab bukan semua orang nak terima hidayah dan petunjuk Allah.

KEPENTINGAN DISIPLIN ILMU KETIKA BERGURU

Satu lagi perkara menarik Kak Memi ada kongsikan yang membuatkan beliau lebih yakin untuk berguru dengan AlMukhlisin adalah kerana beliau sangat terinspirasi dengan disiplin menuntut ilmu yang Ustaz Zul AlMukhlisin sendiri tunjukkan. Kata beliau, ada seseorang yang beliau kenali merupakan junior kepada Ustaz Zul AlMukhlisin ketika zaman pembelajaran di Mesir. Kenalan beliau itu menjadi saksi bahawa Ustaz Zul sangat bersungguh-sungguh dalam berguru mencari ilmu, keluar di awal pagi dan pulang ke kediaman pelajar ketika lewat malam, hanya semata-mata untuk menadah ilmu dari sang guru. 

MasyaAllah! Kalaulah seseorang yang ketika belajarnya sudah pun komited dengan disiplin menuntut ilmu, apatah lagi ketika ilmu itu nak disampaikan kembali kepada anak muridnya, sangat rugilah jika anak murid tidak menyambut perkongsian ilmu daripada sang guru.

Saksikan perkongsian Kak Memi dalam video di bawah :

Berkata sang pujangga, “Guru itu orangnya biasa-biasa, tapi kata-katanya luar biasa. Jadi kalau kita nakkan ilmu yang luar biasa daripada sang guru, kita yang terlebih dulu perlu jadi anak murid yang luar biasa dengan cara PERCAYA kepada proses menuntut ilmu dan SABAR dengan sang guru”.

Kisah Kak Memi ini adalah antara ratusan kisah insan terpilih yang Allah dah takdirkan baginya rezeki dalam menuntut ilmu. Sejauh mana sekalipun seseorang insan itu lari daripada Quran, apabila datangnya sesuatu ujian dalam kehidupan, fitrah manusia itu tetap akan kembali mencari ketenangan melalui Quran.

Jadi, marilah kita sama-sama menjadikan kisah ini sebagai pedoman dan iktibar sebelum terlambat.

HIDAYAH ALLAH MILIK SEMUA

Allah itu bersifat RAHMAT kepada hamba-hambaNya. Kerana Maha Adil Allah dengan sifat rahmat ini, Allah bagi peluang kepada semua hamba-hambaNya walau macam mana pun keadaan mereka.

Disebabkan manusia itu fitrahnya adalah mulia, Allah juga tak nak kita kembali ke sisiNya dalam keadaan kotor.

Jadi, Allah dah cakap dalam Quran,

وَالَّذينَ جاهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Setiap dari kita sudah pasti akan dapat petunjuk Allah. Cuma persoalannya adalah , adakah kita mahu mengambil atau menyambut sapaan hidayah dan petunjuk Allah ?

Peluang untuk menuntut ilmu sudah ada di depan mata, tapi adakah kita mahu mengambil peluang yang ada ini untuk menjadi hambaNya yang lebih baik sebelum kembali ke sisiNya nanti?

Jadi, marilah kita bersahabat dengan Quran secara lebih dekat, bukan sahaja sekadar membaca, malah berusaha untuk menghafal, memahami, mengamalkan dan menyampaikan. Syarat nak berjaya mencapai semua ini tak lain tak bukan, mestilah dengan berguru.

Anda mahu dibimbing sepertimana Kak Memi dibimbing oleh AlMukhlisin?

Klik link ini sekarang. Now or never.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This