Tips Mudah Mencari Mukasurat Bagi Setiap Juzu’ Al Quran

1

Salam Jumaat. Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk menambah amal ibadat kita.

Hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi tips mudah mencari muka surat bagi setiap juzu’ Al quran. Sebelum saya kongsikan tipsnya, apabila kita hendak mencari muka surat untuk Surah dalam Al Quran kita akan mencarinya  dekat indeks yang di muka surat belakang Al Quran kan. Tapi muka surat untuk setiap Juzu’ dari Juzu’ 1 hingga Juzu’ 30 tidak ada kan? Terkial-kial juga mencarinya. Mana taknya, penanda yang menunjukkan awal juzuknya ditulis bahasa arab.

Ilmu matematik dalam Al Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik yang ringkas, anda dapat menguasai muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Tips Mudah Mencari Muka Surat Bagi Setiap Juzu’ Al Quran

2

Contohnya :

Anda nak cari Juzu’ 18? Mungkin anda tidak tahu Juzu’ 18 berada pada muka surat yang mana kan?
1. Ingat formula (x-1) 2+2
2. Letakkan nilai x = 18
3. (18-1) = 17
4. 17 X 2 = 34
5. Angka 2 kita tambahkan pada hujung hasil darab tadi iaitu 342.
Betul ke? Cuba ‘check’ dekat gambar di bawah ini. Betul ke betul?
Juzuk & Mukasurat Al Quran
3
Cuba anda, try juzuk lain. Dan saya yakin, anda akan tersenyum keseorangan kerana anda mungkin akan digelar penghafal muka surat Al Quran. Hehe SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This