AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Tips Mudah Dari Membaca Untuk Pahala Ke Membaca Untuk “TADABBUR”

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 2 mins read
Tips Mudah Dari Membaca Untuk Pahala Ke Membaca Untuk “TADABBUR”

1

Baru saya memahami maksud, kecintaan akan hadir apabila selalu ‘dizikirkan’. Apabila seseorang itu mencintai kekasihnya maka mulutnya atau hatinya tak lekang dari ‘menzikirkannya’. Begitulah kita sebagai hamba yang ingin mendapatkan  cinta kepada Al Quran, kita hendaklah sentiasa ‘menzikirkannya’ (membacanya). Barulah cinta terhadap Al Quran ini akan mula berputik dan hadir ke dalam hati kita.

Apabila cinta sudah mula berputik dek kerana selalu membacanya. Maka, ‘next level’ perlu dipertingkatkan lagi. Memahami dan menjadikannya ianya sebagai ‘solution’ dan formula kepada kehidupan ini. Dalam bahasa arab disebut Tadabbur.

Adakah mereka sengaja tidak berusaha tadabbur (memahami serta memikirkan isi Al Quran)? atau hati mereka telah terkunci? (Surah Muhammad, ayat 24)

3

Inilah maksud membaca secara tadabbur. Baca dengan akal, hati & jiwa. Sebab itu ulama berkata, orang yang membaca belum tentu tadabbur tetapi orang yang tadabbur pasti membaca Al Quran. Ayat ini sangat sesuai setelah anda menjadikan bacaan Al Quran sebagai bacaan wajib setiap hari. Dan ianya sangat sesuai untuk mereka yang selalu inginkan kehidupan yang disebut sebagai kehidupan ber’Al Quran. Kehidupan ‘smooth’, bahagia.

Alhamdulillah kerana anda adalah salah seorang yang saya mahukan kehidupan ber’Al Quran tersebut. Seperti tajuk yang anda bacakan di atas, saya akan kongsikan tips bagaimana untuk meng’upgrade diri dari hanya fokuskan untuk pahala kepada mentadabbur.

#1 – Jika selama ini kita fokus khatam ‘baca’ Al Quran, cuba kita khatamkan baca terjemahan Al Quran pula.

#2 – Apabila terjemahan telah berjaya dikhatamkan, cuba khatamkan satu kitab tafsir pula. Saya cadangkan, mulakan dengan tafsir Ibnu Kathir. Atau jika inginkan tafsir bernusantara, boleh baca tafsir karangan Allahyarham Pak Hamka : Tafsir Al Azhar.

#3 – Yang paling penting, ketika membaca, pastikan ada buku catatan di sisi. Carilah hikmah disebalik ayatnya. Anda jangan risau sangat, ‘saya bukan ustaz/ustazah, tak faham bahasa arab’.

Mulakan dengan mencari dengan berpandukan 2 soalan ini :

2

InsyaALLAH, Tuhan akan bantu anda untuk mendalami ayatNYA. Al Quran bukannya susah sangat. Al Quran is so easy. Apabila Tuhan menurunkan Al Quran kepada manusia, sudah tentu Tuhan telah mengambil kira tahap intelektual & kepintaran manusia untuk memahaminya. Itulah apa yang saya fahami dari Firman Allah dari surah Thoha ayat 2.

Bayangkan sebegini : orang arab jahiliah dahulu yang digelar jahil, bodoh, tak reti baca, suka bergaduh, jahat & kejam pun boleh memahami Al Quran. Takkanlah kita yang pandai baca buku, ada PMR, SPM, Diploma, Degree, Master & PHD tak faham-faham Al Quran? Tak faham ke atau tidak berusaha?

Fikir-fikirkan. Renung-renungkan.

Sesungguhnya segala keterangan (Dalam Al Quran), tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi mereka yang mempunyai hati (yang memikir), atau menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya.

(Surah Qaf, ayat 37)

(Visited 417 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Tips Mudah Mencari Mukasurat Bagi Setiap Juzu’ Al Quran

Next Post

4 Golongan Pembaca Al Quran

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
4 Golongan Pembaca Al Quran

4 Golongan Pembaca Al Quran

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?