TIPS MUDAH UNTUK HABISKAN BACAAN SURAH AL KAHFI PADA HARI JUMAAT

Ustaz tahu ramai yang nak sangat baca Surah Al Kahfi untuk mengejar kelebihan – kelebihan seperti dinyatakan di dalam hadis. Antaranya ialah :

“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat”

(HR An-Nasa’i dan Baihaqi)

Tapi ramai yang kadang-kadang tewas untuk tamatkan bacaan surah ini sebab surah ini sangat panjang iaitu mengandungi 110 ayat dan mempunyai lebih kurang sebelas muka surat untuk dihabiskan. Banyak jugak tu.

Tapi jangan risau. Kali ni ustaz kongsikan tips bagaimana nak bahagikan bacaan sehingga anda mampu untuk habiskan baca surah ini dalam masa sehari.

Dalam surah ini, ia mengandungi empat kisah utama. Jadi ustaz akan bahagikan kepada empat bahagian mengikut nombor ayat.

Bahagian pertama bermula dari Ayat 1 hingga 31. Tema kisah dalam bahagian pertama ini adalah tentang sekumpulan pemuda beriman yang melarikan diri ke sebuah gua untuk berlindung daripada seorang raja yang kufur dan zalim.

Kemudian, bahagian kedua pula bermula dari Ayat 32 hingga 59. Tema kisah dalam bahagian kedua ini berkisar tentang dua orang lelaki Yahudi, seorang mukmin dan seorang kafir. Lelaki kafir itu diuji Allah dengan nikmat harta yang sangat banyak iaitu berupa dua buah kebun anggur yang sangat subur.

Seterusnya adalah bahagian ketiga, ianya bermula dari Ayat 60 hingga 82. Bahagian ini menceritakan tentang kembara Nabi Musa bersama seorang hamba pilihan Allah bernama Khidir dalam mencari hikmah ilmu.

Akhir sekali, bahagian keempat yang bermula dari Ayat 83 hingga 110 mengisahkan tentang kembara Nabi Zulkarnain yang diberi kekuasaan oleh Allah SWT untuk mencapai setiap sesuatu di atas muka bumi.

Untuk mengetahui lebih lanjut kupasan kisah bagi setiap bahagian dalam surah Al Kahfi ini, anda boleh baca di sini : (link Artikel 3)

Kesimpulannya, daripada kesemua bahagian-bahagian kisah utama dalam surah Al Kahfi ini, anda bolehlah bahagikan bacaan anda kepada empat bahagian berbeza.

Berita baiknya, kami ada sediakan panduan bacaan surah ini mengikut setiap bahagian di Facebook page AlMukhlisin Home Quran. Anda boleh menonton video bacaan surah ini dan ikuti bacaan bersama-sama Ustaz AlMukhlisin mengikut masa yang kami siarkan di Facebook page.

  1. Ayat 1 – 31     : Disiarkan pada pukul 7.47 malam setiap hari Khamis
  2. Ayat 32 – 59   : Disiarkan pada pukul 8.47 malam setiap hari Khamis
  3. Ayat 60 – 82   : Disiarkan pada pukul 6.47 pagi setiap hari Jumaat
  4. Ayat 83 – 110 : Disiarkan pada pukul 2.47 petang setiap hari Jumaat

Anda boleh ke Facebook page AlMukhlisin Home Quran :

https://www.facebook.com/almukhlisinhomequran/

Pastikan anda Like, Follow dan Set SEE FIRST Facebook page kami supaya anda mendapat notifikasi bagi setiap video dan program LIVE kami di sana.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa kongsikan kepada lebih ramai orang di luar sana supaya mereka juga mendapat manfaat yang sama seperti anda.

Semoga anda semua sentiasa dalam perlindungan Allah.

Wallahua’lam.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This