Tips Membaca Al Quran Untuk Pemula

Al Quran dan Tasbih

Al Quran adalah kitab yang perlu manusia bacanya setiap hari. Malahan, belajar membaca suatu huruf dalam Al Quran sebenarnya amat mudah. Ia perlu rajin berlatih membacanya. Bagi orang yang tidak pernah baca Al Quran, huruf-hurufnya kelihatan susah untuk dibaca. Namun apabila berlatih baca setiap hari, ia amat senang dan boleh tarik minat manusia untuk membaca Al Quran. Ramai orang yang tidak pandai membaca Al Quran. Mungkin ia sibuk dan tiada masa untuk belajar Al Quran.

Ada beberapa tips yang mudah untuk membaca Al Quran :

1. Pengenalan huruf hijaiyyah
Huruf hijaiyyah merupakan huruf Arab yang digunakan dalam Al-Qur’an. Terdapat 29 huruf hijaiyyah. Semua huruf ini wajib hafal untuk membaca Al Quran dengan fasih. Disetiap huruf, bacaan dan bunyinya berlainan. Malahan, ada juga huruf yang bacaan nya seakan sama.

Selain mengenal bentuk-bentuk huruf hijaiyah secara satu persatu, kita juga perlu tahu bagaimana huruf tersebut jika disambung dengan huruf lain, adakah ia boleh disambung atau tidak.

Dalam belajar pengucapan huruf hijaiyah, kita harus tahu makhraj-nya. Makhraj merupakan tempat keluarnya huruf.

hijaiyyah121

2. Pengenalan tanda baca
Tanda baca huruf hijaiyah disebut sebagai harakat. Dulu dalam huruf hijaiyyah tiada tanda baca dan titik. Bukan itu sahaja, apabila Al-Qur’an ditulis tanpa tanda baca, menjadi masalah untuk pembaca membacanya. Bagi orang yang fasih bahasa Arab, ternyata hal ini tidak masalah baginya.

3. Tajwid
Selain tanda baca, tajwid juga perlu difahami dalam belajar membaca Al-Qur’an. Tajwid merupakan ilmu membaca Al-Qur’an dengan baik dan betul. Dalam bahasa Arab terdapat Idzhar Halqi, Idgham, Iqlab, Ikhfa’ Hakiki, Mim mati dan lain-lain.

4. Latihan
Untuk lebih lancar dalam membaca Al-Qur’an, anda juga perlu membuat latihan. Iaitu, berlatih membaca Al Quran sehingga lancar dan mengenali tajwid. Apabila lancar membaca Al Quran,  lebih mudah dalam menghafalkannya dan memahami terjemahannya.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This