Tiga Langkah Untuk Cepat Belajar Membaca Al Quran

3-langkah-belajar-al-quran

 

Al-Quran atau Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Al Quran diturunkan dan mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Bukan itu saja, Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

TIPS 1 : 

Anda tidak tahu langsung membaca Al Quran?? Anda tidak perlu malu, jika saat ini anda tidak ketahui apapun cara bacaannya, selagi anda diberi peluang oleh Allah untuk bernafas didunia ini, rebutlah peluang dan carilah masa untuk belajar Al Quran. Membuka facebook setiap hari dan setiap jam, tapi membuka Al Quran jarang sekali. Membeli hand phone mahal boleh, tapi nak Install application Al Quran begitu berat.

Kenapa???

Jika tiada niat anda mesti malas nak lakukannya. Saya yakin, jika ada niat, anda akan mampu. Jika anda membaca artikel ini, anda akan tanam niat untuk membaca Al Quran atau niat untuk mengajar membaca Al Quran. Saya menghargai niat anda. Baik anda mahu belajar atau mengajarkannya kepada orang lain. Jadi langkah pertama yang perlu kita tanamkan untuk membaca Al Quran ialah tanamkan niat yang ikhlas. Dan yang paling penting, niat yang ikhlas kerana Allah.

TIPS 2 :

Mengapa ramai orang yang “tiada masa” untuk membaca Al Quran? Sedangkan waktu yang kita miliki adalah nikmat dari Allah tetapi amat sukar untuk belajar membaca Al Quran.

Mungkin anda memerlukan Langkah Yang Cepat Untuk Belajar Membaca Al Quran kan? Jangan bimbang, saya akan kongsikan tips-tipsnya.

Ambilkan sedikit masa, sama-sama kita renungkan, masa milik Allah, diri kita milik Allah, tapi mengapa waktu untuk membaca kalam Allah begitu sukar?

Sebenarnya, bukan tiada masa. Tapi, sejauh mana anda memberi keutamaan kepada perkara ini. Jika anda masih mengatakan tiada masa untuk belajar dan membaca Al Quran, maksudnya aktiviti lain jauh lebih penting dari Al Quran. Sebenarnya anda banyak masa yang kosong untuk membaca Al Quran. Anda lebih cepat pandai membaca Al Quran jika peruntukkan masa yang cukup untuk membacanya. Semakin banyak masa yang anda peruntukkan, semakin cepat untuk anda lancar dan fasih.

TIPS 3 :

Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan pada masa kini, melahirkan kaedah atau cara untuk mempercepatkan proses belajar membaca. Hasil pembangunan ilmu pengetahuan dan teknologi yang membolehkan kita boleh belajar dengan cepat. Sekarang terlau banyak perkembangan teknik, cara ataupun kaedah yang boleh permudahkan cara kita belajar membaca Al Quran.

Salah satu yang luar biasa adalah kaedah Iqra. Kemudian dikembangkan lagi menjadi pelbagai kaedah lagi seperti kaedah Ummi dan kaedah Albana. Semuanya untuk mempermudahka umat Islam untuk membaca Al Quran.

Menurut  pengetahuan, kaedah Iqra, Albana, dan Ummi adalah kaedah yang baik dan benar dalam membaca Al Quran. Diluar sana, banyak sekolah yang telah melaksanakan kaedah ini. Termasuk yang terbaru adalah kaedah Rubaiyat. Agak berbeza dengan kaedah sebelum ini yang hanya memberi tumpuan untuk konsisten, kaedah Rubaiyat adalah fokusnya pada kelajuan dan kemudahan untuk cepat membaca.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This