AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Tiada Istilah “TERLAMBAT” Untuk BELAJAR QURAN

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 5 mins read
Puan Sharifah Azalina, Selangor

Sebagai seorang anak, setiap daripada kita pasti nakkan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita. Pasti ‎kita nak tengok mereka bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.‎

‎“Tanggungjawab saya sebagai seorang anak adalah saya nak mak dan ayah saya tenang di sana..”. ‎

‎“Kalau kita tak boleh jadi anak yang terbaik di dunia, jadilah anak yang terbaik di akhirat, yang ‎boleh ‎pakaikan mahkota untuk kedua ibu bapa kita…”. ‎Itulah luahan tulus seorang anak yang ‎begitu mengharapkan yang terbaik untuk ibu bapanya. Dikenali dengan nama kak Aza, atau ‎Sharifah Azalina, merupakan seorang ibu muda yang berkerjaya dengan usianya 36 tahun. ‎

Ketulusan Niat Jadi Pencetus Semangat

Kongsi Kak Aza, beliau bukanlah dari keluarga yang berlatar belakangkan agama, tidaklah pandai ‎mengaji. Tapi dengan niat untuk jadi anak yang solehah supaya boleh bantu ibu bapanya di sana ‎nanti, beliau mula tekad untuk belajar Al Quran. ‎

Biarpun merangkak, biarpun kena mula dari asas, kak Aza tetap tidak putus semangat. From zero to ‎hero. ‎Baginya, belajar itu penat, tapi ada bahagia dalam jiwa yang dirasa. Berpenat dahulu di dunia, ‎supaya nanti bahagia bila di syurga. ‎

Detik Hati Mula Dijentik

Syukur Allah berikan kesedaran untuk belajar pada usia yang masih muda dan masa yang masih ‎panjang ‎ untuk beliau terus belajar.‎‏ ‏Luahnya, hati beliau mula dijentik dengan hidayah untuk belajar Quran ketika beliau menziarahi kematian saudaranya. ‎

‎“…macam mana kalau kita yang mati, siapa yang nak sedekahkan kita surah Yasin tu. Kalau kita ‎sendiri pun tak pandai baca, macam mana dengan orang yang datang nanti…”‎

‎“..dan bila banyak dengar ceramah, bila orang yang tak pandai baca Quran, kuburnya akan jadi ‎sempit, sampai berlaganya tulang rusuk kita, saya jadi takut…” ‎

Sebelum dan Selepas Berguru

Setiap langkah yang kita ambil dalam hidup, akan ada perubahan yang berlaku. Akan ada perbezaan ‎dan perbandingan untuk kita muhasabah kembali. Orang yang hebat, adalah orang yang masa ‎depannya lebih baik dari masa lalu.‎

‎“Kalau nak compare dengan saya yang dulu dan sekarang, masyaAllah, saya rasa, saya suka dengan ‎diri saya sekarang. Sebab, Quran ni sentiasa ada dengan saya…”‎

‎“…dengan AlMukhlisin ni, dia paksa saya untuk saya baca, faham. Tak faham, tanya. Itu yang ‎menyebabkan saya suka sangat dengan process AlMukhlisin ni..”‎

Trust The Process

Menurut kak Aza, kalau dulu sewaktu mula belajar berguru, beliau tak pernah tahu apa itu ‎dengung. Bila baca Quran, memang akan ‘langgar’ saja hukum-hukum tajwid yang ada. Sedikit ‎demi sedikit baru tahu lepas ustaz ajar, didik, dan bimbing beliau. Yang penting, kena Trust The ‎Process. ‎

Mengakui banyak kesukaran yang beliau hadapi semasa proses belajar, tapi beliau tak ‎pernah putus asa dan terus komited untuk follow apa yang ustaz ajarkan. Kalau terlepas satu sesi ‎kelas sahaja, memang beliau akan rasa sangat bersalah dan rugi sebab terlepas ilmu-ilmu dan ‎perkongsian daripada ustaz. ‎

Sebagai ganti, kak Aza akan mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari bersama ustaz di ‎facebook AlMukhlisin Home Quran. Walaupun hanya siarang ulangan, tapi sangat bermanfaat ‎baginya untuk memantapkan lagi ilmu yang telah beliau dapat.‎

‎“Saya rasa letih, tapi saya rasa seronok…”‎‏

Bertambah Keluarga Menuju Syurga

‎“Alhamdulillah, saya sayang sangat keluarga (AlMukhlisin) ni, saya rasa sangat bahagia. Untuk orang ‎lain, jangan berhenti berharap…”‎

Bukan sekadar mendapat ilmu Quran dan tajwid, ustaz juga banyak mengajarkan tentang adab, ‎dan hikmah. Ilmu-ilmu itu adalah pelengkap dalam kehidupan kita. ‎

Sering ustaz berpesan, kalau kita belajar ilmu Quran semata-mata, tanpa kita belajar ilmu adab ‎dan ilmu hikmah, maka hati kita akan jadi keras. ‎Jadi mesti kena seiringkan kesemuanya.

Semoga kita dapat menggenggam kemas nasihat dan pengajaran yang ada itu seperti paku yang ‎terpahat utuh dalam hati kita, sebagai pendorong langkah kita untuk mula menuntut ilmu, dan ‎terus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat, insyaAllah. ‎

Tonton lebih dekat perkongsian di sini :‎

Puan Sharifah Azalina, Selangor.



Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Aza ?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan LINK WHATSAPP ini SEKARANG.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

(Visited 137 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

SIMBOL DENGUNG JUZUK 1

Next Post

SIMBOL DENGUNG JUZUK 2

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

SIMBOL DENGUNG JUZUK 2

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?