Salam, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kepentingan selawat kepada nabi SAW yang mana diberikan oleh Tuan guru Hj Musa Tumpat.
Pesanan Tok Ayoh adalah dalam bentuk video, dan saya ubah sedikit ke dalam bahasa standard untuk memudahkan kefahaman kerana ada sesetengah daripada kita kurang paham bahasa kelantan.
Selepas baca tengok video pesanan Tok Ayoh di bawah ye…
SEMOGA BERMANFAAT.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
18 Julai 2012
Setelah selesai sesi Qasidah. Salah seorang ahli meminta nasihat daripada Tok Guru Hj Musa, Tumpat Kelantan.
“Tok Ayah, nak minta nasihat sikit..”
“Allah.. Allah.. Nak nasihat apa?”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
“Elok sangat la, buat qasidah, di mana-mana buat la qosidah.. Puji Rasulullah & Tawassol dengan Rasulullah..
“Diakhir zaman ni, nak cari guru mursyid sangat payah.. Kata Imam Ghazali, kalau ada pun seorang mursyid seperti belere merah.. (Payoh nak boleh). Kalau belere hitam, mudah je dan banyak..”
“Jadi, Tok Ayoh berasa sangat seronok dan bersetuju di atas ziarah ke mana-mana tempat dan selawat kepada Nabi SAW.”
“Tok Ayoh baca dalam kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali, mengenai cerita bab selawat.”
“Ada satu orang, namanya Sufyan As Suri. Dia sedang tawaf di kaabah. Dan di tepinya ada seorang pemuda yang tawaf sekali dengan Sufyan As Suri. Pemuda ini setiap langkah ketika tawaf dia berselawat kepada Nabi SAW.”
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
“Sufyan As Suri memerhati perbuatan pemuda ini yang mana setiap langkah mengelilingi kaabah disertai dengan berselawat kepada Nabi SAW.”
“Maka, Sufyan As Suri tidak dapat menahan sabarnya, lalu dia menegur pemuda tadi dan bertanya,”Kenapa saya mendengar awak berselawat kepada Nabi SAW setiap kali awak mengelilingi kaabah. Sedangkan Nabi SAW telah mengajar apa yang patut dibaca setiap tawaf. Tawaf yang pertama ada bacaannya, tawaf yang kedua ada bacaannya, tawaf yang ketiga , keempat, kelima, keenam dan ketujuh. Semua bacaan disetiap tawaf, bacaannya berbeza.”
Pemuda tadi, berpaling dan melihat Sufyan As Suri dan bertanya, “Tuan ini siapa?”
“Sayalah Sufyan As Suri.”
“Ya Allah, saya minta maaf Tuan. Saya banyak mendengar nama Tuan, tapi saya belum mengenali rupa Tuan. Tuan sangat masyhur. Anak murid Tuan sangat ramai. Tapi, inilah kali pertama saya berjumpa dengan Tuan.”
“Oklah, kalau Tuan Sufyan As Suri nak tahu kenapa saya banyak berselawat kepada Nabi SAW. Saya akan ceritakan kepada Tuan.”
“Tahun lepas, ketika saya mengerjakan umrah bersama ayah saya. Ketika itu ayah saya dalam keadaan tenat. Dan saya meletakkan kepala ayah di atas pangkuan riba saya. Sambil-sambil itu, saya membaca ayat Al Quran dan meminta doa agar ayah saya kembali sihat untuk mengerjakan umrah.”
“Ketika saya mengusap muka ayah saya, tiba-tiba ayah saya tidak bernafas lagi..”
“Dengan tiba-tiba muka ayah saya berubah menjadi hitam. Saya sangat panik.”
“Ya Allah.. Apakah dosa yang telah ayah lakukan??”
“Saya sangat sedih. Sambil-sambil mengusap muka ayah di pangkuan riba saya. Saya memohon supaya Allah mengampunkan dosa-dosa ayah saya. Kemudian saya tertidur dan bermimpi.”
“Di dalam mimpi itu, ada seorang orang tua datang dan mengangkat kain dari muka ayah. Dan dia mengusap muka ayah saya, serta-merta muka ayah saya berubah menjadi putih berseri-seri.”
Kemudian lelaki tua tadi pun nak beredar dari tempat ayah. Saya pun memegang kaki lelaki tua tadi dan bertanya,”Tuan ini siapa?”
“Kalau awak nak tahu, sayalah Rasulullah SAW. Ayah awak seorang fasik. Semua dosa telah dilakukan olehnya. Namun lidahnya tidak berhenti daripada berselawat kepadaku. Aku datang untuk memberi syafaat kepadanya.”
Lalu saya tersedar daripada mimpi. Dan apabila saya melihat muka ayah saya. Ternyata muka ayah saya telah berubah menjadi putih berseri-seri.
Sejak daripada peristiwa tersebut, saya selalu berselawat kepada Nabi SAW.
“Ooo.. Kalau macam itu, awak telah mendapat ijazah besar daripada nabi SAW, kata Sufyan As Suri.”
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Tok Ayoh menyambung lagi…
“Fadhilat selawat sangat besar. Berbeza dengan ibadah-ibadah lain. Ibadah lain Allah khitob (menyuruh) dengan menyebut ‘direct’ perbuatan itu. Contoh solat, zakat, haji. Aqiimussolaah, Waatuzzakaah, WaHajjul bait. Tetapi berbeza dengan ibadah selawat. Allah mulakan dengan diriNYA dahulu, baru disuruh selawat.”
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat dulu kepada Nabi.”
“Maka wahai orang-orang yang beriman dan hamba-hambaku beriman, selawatlah selawat
Seeeeeeelaaaaaawat dannn…. Tok Ayah tiba-tiba mengalir air mata.
Selawat ini sangat istimewa. Tok Ayah sangat-sangat bersetuju supaya ke mana-mana pun, lazimilah berselawat kepada Nabi SAW..
Bacalah selawat. Dan jika selawat kepada Nabi SAW, maka Allah SWT akan selawat kepada kita 10 kali.
Selawat Allah kepada kita adalah rahmat daripadaNYA.
Tambahan pula, kita hendak menyambut bulan puasa. Yang mana awaluha Rahmah, Awal-awalnya, Rahmat turun mencurah-curah seperti hujan lebat di dalam bulan puasa ini.
Allahumma inna haaza Syaaban kaballighna Ramadhon..
Ya Allah, mintalah supaya rahmat turun mencurah-curah di dalam bulan puasa.
Awalnya rahmat, pertengahannya maghfirah dan akhirnya itqaan minannaarr, bebas daripada api neraka.
Dan akhir sekali, Tok Ayah meminta agar mendoakan kesihatan kepada Tok Ayah. Cita-citanya ingin turun solat di masjid.
Namun, ketika saya telah menulis artikel ini, saya mendapat tahu Tok Ayoh telah lama meninggal dunia.
Al Fatihah kepada Tuan Guru Hj Musa Tumpat yang telah kembali ke Rohmatullah pada jam 3 pagi pada 14 Rabiul Awal 1434 hari Sabtu 26/1/2013. Sumber
Semoga ilmu & pesanan ini menjadi salah satu pahala yang sentiasa mengalir kepada Tok Ayoh..
Aamiin..
Jom dengar pesanan Tok Ayoh.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Marilah kita sama-sama menjadikan selawat sebagai amalan WAJIB dalam kehidupan seharian kita.
Jom baca mengenai FADHILAT SELAWAT.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post