Soalan mengenai teknik waqaf dan ibtida’ bacaan terbaik sekiranya nafas pendek sangat popular. Boleh dikatakan ramai yang mempunyai masalah ini. Permasalahan ini menjadi tanda tanya adalah kerana kita tidak memahami bahasa arab dan juga kita seorang a’jam (orang bukan arab).
Persoalannya juga timbul, adakah kita boleh berhenti sembarangan? Tidak boleh. Analoginya seperti kita memandu kereta di tengah-tengah ‘highway’, tiba-tiba kita berhenti sembarangan. Kita mungkin akan disaman atau dimarahi orang. Samalah seperti kita membaca Al Quran, ianya juga mempunyai tata tertibnya.
Masalah yang timbul sekarang ialah kita berhenti secara ‘emergency’ disebabkan nafas pendek. Jadi, apakah teknik yang terbaik jika berlaku permasalahan ini?
Ulama ada kongsikan teknik yang terbaik sekiranya kita terpaksa berhenti secara ‘emergency’ disebabkan oleh nafas pendek. Pertamanya, kita berhentikan pada perkataan yang telah kita kehabisan nafas itu dan yang paling PENTING pastikan kita matikan huruf hujungnya. Contohnya pada ayat ketujuh dari surah Al Fatihah, kita telah kehabisan nafas pada perkataan GhoirilMaghdhuuubb’
غير المغضوب
maka pastikan kita matikan hujung huruf perkataan itu, iaitu huruf ‘BA’. Keduanya, apabila kita hendak memulakan bacaan, maka kita hendaklah ‘reverse’ satu perkataan yang telah kita berhenti tadi. Iaitu perkataan ‘Ghoiri’.
غير المغضوب
Teknik ini bukanlah teknik yang paling tepat, tetapi teknik ini adalah teknik yang paling terbaik bagi kita seorang a’jam (orang yang kurang memahami bahasa arab).
Discussion about this post