AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Nak Baca Musollan Atau Mosollai Ketika Berhenti Pada Ayat 125 Al Baqarah?

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 5 mins read
Tanwin

Tanwin

“Ustaz saya “confuse” la nak baca Musollan dengan tanwin atau Musollai dengan huruf ya ketika berhenti pada ayat 125 Surah Al Baqarah, m/s 19. Boleh ustaz bantu saya ?”

Bagi persoalan di atas, ustaz faham ramai yang keliru dan masih belum tahu cara bacaan ketika berhenti pada ayat tersebut dan pada ayat yang serupa keadaan dengannya. 

Cara bacaan yang betul ketika waqaf pada perkataan ini adalah dengan sebutan Musollaa, iaitu dibaca dengan satu baris dan dipanjangkan dengan kadar 2 harakat. 

 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya ustaz nak kongsikan formula khusus macam mana nak ingat solusi bagi keadaan ini. 

Haa, nak tahu? Kena baca sampai habis, dan kongsikan dengan sahabat-sahabat yang lain. Boleh kan? 😉
Kalau tak, ustaz pun taknak kongsilah apa formula mudah dan santai tu. 😆

.

.

Alhamdulillah, disebabkan anda semua dah kongsikan artikel ini, jadi ustaz pun nak kongsikan juga apa formula mudah & santai bagi tanwin baris atas ni.

 

Formula Mudah & Santai :

Formulanya adalah, tanwin baris atas, apabila berhenti dibaca dengan satu baris sahaja, dan dipanjangkan dengan kadar 2 harakat. Kecuali, apabila perkataan tersebut berakhir dengan huruf TA’ MARBUTHOH, maka ia akan dibaca dengan bunyi huruf HA.

 

Contohnya, sebagai praktikal dan latihan, cuba buka Quran pada muka surat 315. Ada banyak contoh yang kita boleh keluarkan.

Contoh pertama, pada ayat 53, perkataan مَهْدًا (Mahdan), ketika berhenti ia dibaca dengan مَهْدَا (Mahdaa), iaitu 1 baris sahaja, dan dipanjangkan bunyi ‘Daa’ dengan kadar 2 harakat.

Seterusnya, samalah juga dengan perkataan سُوًى (Suwan) pada ayat 58 ini. Walaupun selepas tanwin adalah huruf Ya, ia tetap juga dibaca dengan satu baris, dan dipanjangkan menjadi 2 harakat. 

 

Begitu juga seperti مَآءً (Maaaaa an), ketika berhenti ia dibaca dengan مَآءَا (Maaaa aa), berbaris satu dan panjang 2 harakat.

Tapi kena hati-hati, sebab bentuk macam ini lah ramai pembaca Quran yang tersalah baca, dek kerana tanwin dibelakang itu tiada huruf ا (Alif).

Jadi mereka berhenti dengan bunyi مَآءْ (Maaaak), diputuskan terus suara. Atau ada juga yang baca dengan membunyikan tanwin, menjadi مَآءَنْ (Maaaa an). Haaa, kedua-dua cara itu salah tauu, so pastikan anda hati-hati. 🙂 

 

Mudah kan? Formula tanwin baris atas yang mudah dan santai yang ustaz kongsikan ini adalah untuk membantu mengelakkan kesalahan yang sering berlaku dalam kalangan pembaca Quran. 

“Apa formula tadi, Ali??”

Tanwin baris atas, apabila berhenti dibaca dengan satu baris, dan dipanjangkan dengan kadar 2 harakat ustaz. Kecuali TA’ MARBUTHOH, ia dibaca dengan bunyi huruf HA.

Ok.. Bagus. Seperti contoh pada ayat 55 pada muka surat yang sama, perkataan  تَارَةً “Taarotan”.
Ketika berhenti dibaca dengan apa??

Taaroh, ustaz.. Kerana tanwin baris atasnya berada pada Ta’ Marbuthoh.

Aiwah gadak ya Ali. Jadi, nama hukum bagi keadaan ini adalah Mad Iwadh.

Mudah ke senang ni??

Mudah, Senang & Santai ustaz..

Untuk penerangan dengan lebih mudah, ustaz ada kongsikan dalam #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin 7.30 pagi setiap hari di FB Page AlMukhlisin Home Quran dengan tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”.

 

Oh ye. Ada yang nak ustaz bantu macam mana nak hafal Quran cara mudah? InshaaAllah ada beberapa panduan mudah yang ustaz dah susun untuk anda. Klik di SINI untuk info lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran. 

Ustaz sangat galakkan anda semua hafal Quran, sebab banyak sangat kelebihan bagi penghafal Quran, terutamanya kelebihan di akhirat. Antaranya, kita dapat bantu ahli keluarga kita, dan yang paling utama kita dapat pakaikan mahkota ke atas kepala kedua ibu bapa kita di akhirat nanti. Jadi, hafal Quran 30 juzuk ini adalah salah satu usaha kecil kita untuk balas jasa mereka, inshaaAllah. 

Jom lihat perkongsian salah seorang pelajar AlMukhlisin yang dah pun berusia, tapi masih semangat untuk hafal Quran. 

Baca lebih perkongsian kak Roshani Awang di SINI

Orang kata, tak kenal maka tak cinta.
Jadi, nak bercinta dengan Quran mestilah kena kenal dan faham dulu apa yang Allah sampaikan di dalamnya.
Baru lah dapat capai matlamat untuk cinta Quran💪🏻

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 1,240 times, 1 visits today)
Tags: Qurantanwin

Discussion about this post

Previous Post

5 Faktor Kenapa Versi Bacaan Imam Hafs Paling Popular

Next Post

Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

Masuk Sekolah Tahfiz Tak Ada Masa Depan

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?