Sujud Sajdah (Sambungan)

sujud sajdah

Sambungan Sujud Sajdah…

Ketika di Surau..

Ustaz, macam mana soalan kelmarin..
.
.
Ingat lagi, ye. Ingatkan dah tak nak tanya lagi dah. Hehehe.
.
.
Mana boleh ustaz.. Ilmu kan..Hehehe
.
.
Mumtaz-mumtaz..
.
.
JAWAPAN SOALAN PERTAMA

Sebelum tanda masjid ada digarisan.
Maksud garisan ialah supaya kita ambil perhatian bahawa di hadapan ada sujud sajdah/sujud tilawah.

Sebab itu digariskan pada perkataan “س,ج,د”.

Saya membuat analogi mudah, tanda masjid itu ialah lampu isyarat. Sebelum lampu isyarat akan diletakkan signboard jarak lampu isyarat di hadapan.

200 meter lampu isyarat di hadapan.
.
.
Boleh ke boleh?
.
.
Boleh ustaz..
.
.
Ok..
.
JAWAPAN SOALAN KEDUA

Di dalam Al Quran terdapat 15 ayat-ayat sujud sajadah iaitu:

1. Surah 7 (Al A’Raaf) Ayat 206

2. Surah 13 (Ar Ra’d) Ayat 15

3. Surah 16 (An Nahl) Ayat 50

4. Surah 17 (Al Isra’) Ayat 109

5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58

6. Surah 22 (Al Hajj) Ayat 18

7. Surah 22 (Al Hajj) Ayat 77

8. Surah 25 (Al Furqaan) Ayat 60

9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26

10. Surah 32 (As Sajdah) Ayat 15

11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24

12. Surah 41 (Fusshilat) Ayat 38

13. Surah 53 (An Najm) Ayat 62

14. Surah 84 (Al Insyiqaq) Ayat 21

15. Surah 96 (Al ‘Alaq) Ayat 19

Nota:

Perlu dinyatakan bahawa bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 menurut madzhab Syafi’iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 pula menurut Syafi’iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk ‘Sujud Syukur’.
.
.
Nanti ustaz whatsapp tempat-tempat dia ye..
.
.
Ok. Untuk jawapan soalan ketiga.
.
.
JAWAPAN SOALAN KETIGA

Ok, jika kita tak dapat sujud maka disunatkan dengan membaca seperti tasbih solat hari raya.

سُبحَانَ الله وَالحَمْدُ لله ولا إِلَهَ إِلا الله وَاللهٌ أَكْبَر وَلا حَوْل ولا قوة إلا بالله العلى العظيم
.

Ooo.. Macam tu, terima kasih ustaz di atas ilmu.. Jom ustaz. Saya belanja ustaz..
.
.
Ok2. Nanti share dekat kawan-kawan atau saudara-mara ye.
.
.
Ok ustaz..

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This