Sifat Anak Derhaka Kepada Ibubapa

waris-islam-kafir

Didalam Islam diwajibkan seseorang anak mentaati kepada kedua ibu bapanya. Ia juga wajib menghormati ibu bapanya serta tidak boleh bersikap kasar terhadap kedua orang tua mereka.

Tetapi ada juga anak-anak yang tidak sedar diri, mereka ini adalah tergolong dari anak-anak yang tidak tahu menghormati ibu bapa mereka. Sikap mereka yang kasar sering membuat hati ibu bapa mereka terluka dan terguris.

Anak-anak yang engkar terhadap ibu bapanya adalah anak-anak yang tidak mahu berbakti terhadap ibu bapa mereka. Mereka hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak pernah ingat bahawa kalau tidak kerana ibu bapa mereka, mereka tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh itu anda harus ingat kalau tidak kerana ibu bapa anda tidak akan mengecapi hidup yang senang lenang didunia ini, seperti yang anda hadapi hari ini. Kalau tidak kerana penat lelahnya anda tidak akan menjadi manusia yang disegani dan mempunyai ilmu yang tinggi.

Tidak guna jika anda berilmu setinggi langit, tetapi anda tidak dapat membahagiakan ibu bapa anda sebagaimana dia membahagiakan anda semasa anda kecil dahulu.

Sebenarnya ibu bapa itu bukan mahu disanjung-sanjung setinggi langit atau didukung sebagaimana dia mendukung anda semasa kecil atau disuap nasi ke mulutnya, sebagaimana dia menyuapkan anda semasa kecil lagi. Tetapi sudah cukup anda menghormatinya dengan memberi perhatian yang sewajarnya, menjaganya hingga ke akhir hayat, memberi nafkah terhadap dirinya ketika mereka memerlukan.

Ibu bapa memang mudah berkecil hati jika anda mengeluarkan kata-kata yang kasar terhadapnya, oleh itu jagalah lidah anda dan jangan sampai terlanjur berkata kasar terhadapnya. Berlemah lembutlah terhadap mereka, walaupun anda tidak setuju dengan sikap mereka. Berunding dengan cara baik dalam suasana yang jernih akan dapat satu penelitian yang jujur terhadap apa yang dimusykillan.

Jangan anda tidak setuju terhadap ibu bapa anda terus berkeras dan membentak-bentak, ini derhaka namanya. Anak derhaka tidak akan mendapat rahmat daripada Allah SWT. Oleh yang demikian, waspadalah terhadap tindak- tanduk dan tingkah laku anda untuk menjaga hati orang tua anda.

Lantaran jasa orang tua anda tidak akan dapat anda balas, walau sebanyak manapun anda memberi perhatian terhadap mereka. Pengorbanan mereka terlalu besar terhadap anda. Mengapa anda tidak boleh memberi kelapangan kepadanya ? Mengapa anda tidak boleh menjaganya? Mengapa anda tidak boleh menghormatinya? Jika rezaki anda melimpah ruah, anda jangan kedekut membiayainya sebagaimana yang anda boleh. Kerana kekayaan atau rezaki yang anda perolehi itu adalah hasil usahanya juga untuk memberi anda hidup dan berilmu serta mengecapi dunia hari ini.

anak derhaka tinggal ibu di hospital

Kawal diri anda untuk menjadi insan yang berguna dan tidak derhaka kepada orang tua anda. Jika tidak kerana mereka anda tidak dapat bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika anda membelakangi orang tua bererti anda membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” – Riwayat Bukhari. 

Anak-anak yang derhaka akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang menderhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai keldai.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This