AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Siapakah Manusia Terbaik Di Sisi Allah? – Ta’allam Wa’allam

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Puan Siti Nor Mat Salleh, Kelantan

Siti Nor bt Mat Salleh, atau lebih mesra dengan panggilan Makcik Siti, walaupun dengan usia yang ‎sudah hampir 70 tahun, beliau tetap konsisten berguru demi untuk belajar Quran.

Baginya, usia ‎bukanlah penghalang untuk beliau menuntut ilmu, bahkan itulah pendorong untuk terus istiqomah ‎dalam belajar dan menghafal Quran. ‎

Kenangan Mahal Dahulu Kala

Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak, Makcik Siti mula belajar Quran semasa berumur 6 ‎tahun. Ketika itu, beliau hanya berguru dengan ibunya sendiri. Selepas itu barulah beliau dihantar ‎belajar dengan guru Quran, itupun menurutnya hanya guru kampung sahaja. ‎

Berkat bimbingan guru tersebut, Makcik Siti berjaya khatam buat pertama kali pada usia 10 tahun. ‎Namun, kata beliau, pada waktu itu hanya mampu baca sahaja, tanpa mengenal hukum-hukum ‎tajwid, seperti panjang pendek, dengung / tak dengung dan sebagainya.‎

Bertukar guru pada usia 13 tahun, beliau mula diajar sedikit berkenaan dengan hukum tajwid, ‎namun secara umum sahaja tanpa disebut secara jelas. Tak pernah tahu nama-nama hukum ‎tajwid, seperti yang kita semua maklum pada masa kini, seperti ikhfa’ haqiqi, izhar halqi dan ‎sebagainya.‎

Sedikit, Tapi Berterusan

Setelah menginjak usia remaja, bermulalah episod kehidupan sebagai pelajar universiti dan juga ‎alam bekerja. Kesibukan dan kekangan masa membuatkan Makcik Siti tidak sempat untuk mencari ‎guru bagi menyambung pembelajaran Quran yang ditinggalkan sekerat jalan dahulu. ‎

Tapi syukurlah, bacaan Quran beliau masih tetap diteruskan apabila ada masa luang. Ada juga ‎ikut kelas Quran, tapi itupun sekadar 1 jam sahaja, di sela-sela waktu bekerja.

Orang kata, kalau ‎tak dapat buat semua, jangan pula kita tinggal semua. Kata-kata itulah yang beliau pegang untuk ‎terus konsisten dengan Quran sehingga kini. ‎

Dapat Rezeki Berguru, Baru Tahu

‎“Sebelum ni kan, makcik tak tahu yang bila sebut 3N +9TW, semua tu. Jenis-jenis tanwin pun ‎makcik tak tahu sebelum join AlMukhlisin. Jadi dengan AlMukhlisin lah makcik kenal kenapa ‎dengung, kenapa hukum ni-hukum ni terjadi. Rasa lebih yakin lah bila baca…”‎

‎“Itu salah satu di antara yang makcik sangat-sangat syukur. Sebab sebelum ni, makcik tak pandai ‎tulis jawi…so sekarang ni bersyukur sangat dengan AlMukhlisin ni, wajib hantar homework, jadi ‎makcik gigih berusaha jugak belajar tulisan jawi…. ”‎

Amalan Harian Dengan Quran

Makcik Siti bercerita, semasa zaman kerja dahulu, beliau sering juga ikuti kelas-kelas pengajian selepas ‎waktu pejabat. Ketika itu, Ustaz pernah berpesan bahawa dalam sehari, kita kena baca Quran ‎sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Sebab nanti ayat yang kita baca itulah akan datang untuk jadi ‎penolong kita bila dalam kubur. ‎

Pesanan Ustaz dipegang erat, dan beliau memang menjadikan bacaan 100 ayat setiap hari itu ‎sebagai amalan rutin.‎

“Kalau tak baca tu, rasa macam ada sesuatu yang tak cukup dalam hidup hari itu…” ‎

Guru Pertama Bagi Anak-Anak

Berkongsi didikannya kepada anak-anak, ‎“Sebelum makcik hantar mereka kepada guru mengaji, makcik ajar dulu. Sebab mak makcik kata, ‎kita mesti ajar anak-anak kita walaupun alif ba ta. Sekurang-kurangnya kita jadi guru pertama AQuran anak-anak kan…” ‎

Kalau kita sebagai ibu bapa tak jadi guru pertama dalam urusan agama untuk anak-anak kita, maka ‎pada siapa mereka nak bergantung harap. Dah besar nanti, lidah jadi keras nak sebut dan baca ‎ayat-ayat Quran.


“Bagaimana nak jadi orang pertama yang ajar anak baca Quran, itu bergantung ‎pada bagaimana ajaran kita…”,

tambah ustaz.‎

Nasihat Sebagai Orang Yang Berusia

Hidup ini tak lama kata Makcik Siti, tak tahu bila Allah akan panggil kita. Jadi kita tak boleh terlalu ‎leka, mesti dekatkan diri dengan Quran. ‎

“Sibuk sibuk kerja tu, kerja juga. Itu hak dunia. Jadi kita, Quran, kelas-kelas mengaji ni kena la ‎juga cari masa untuk pergi. Sebabnya, ini (bacaan Quran) yang akan tolong kita di akhirat nanti. Sekurangnya sehari, ‎walaupun sedikit, mesti baca Quran….”. ‎
‎


Mudah-mudahan kita boleh ambil pengajaran dan pengalaman mereka yang ikhlas berpesan ‎kepada kita. Sebab, tujuan hidup kita tak lain tak bukan, hanyalah untuk kembali kepada Allah ‎dalam keadaan Allah redha kepada kita. ‎

Tonton lebih dekat perkongsian beliau di sini :

Puan Siti Nor Mat Salleh, Kelantan

Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Makcik Siti ?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan LINK WHATSAPP ini SEKARANG.

(Visited 93 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Semangat Baca Quran Berkobar-Kobar Sejak Berguru – Pn Rahmah As, Singapore

Next Post

SIMBOL-SIMBOL DENGUNG DALAM QURAN

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
SIMBOL-SIMBOL DENGUNG DALAM QURAN

SIMBOL-SIMBOL DENGUNG DALAM QURAN

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?