Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

SOALAN  :

Ustaz, minggu lepas kita belajar tentang Qolqolah. Boleh ustaz terangkan sekali lagi tentang bunyi sebutan Qolqolah ini. Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

JAWAPAN :

Kebanyakan pembaca Al Quran mesti pernah dengar perkataan Qolqolah atau bahasa melayunya lantunan. Tetapi, tidak memahami perbezaan bunyi sebutannya.

Sebelum kita, kita sebut mengenai perbezaan bunyi sebutan. Huruf Hijaiyyah mempunyai 28+1. 28 Huruf Hijaiyyah ini mempunyai 5 makhraj.  Dan 11 sifat berlawanan & 7 sifat tunggal.

Di dalam sifat tunggal terdapat 1 sifat dipanggil sifat Qolqolah (lantunan).  Dua perkara yang perlu anda faham mengenai Sifat Qolqolah.

  1. Huruf-huruf yang bersifat Qolqolah 
  2. Keadaan bunyi Qolqolah 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Huruf Qolqolah

Huruf yang bersifat Qolqolah mempunyai 5 huruf.

  1. Qof
  2. Tho
  3. Ba
  4. Jim
  5. Dal

Ada dua cara mudah nak hafal huruf-huruf ini.

  1. ّقُطْبُ جَد
  2. Bahasa melayu lagi mudah  ب ج د ق ط  . BA JU  DA QO THO (Baju Dah Kotor)

 

NOTA PENTING :

Kelima-lima huruf ini mestilah mati. Samaada hurufnya memang dah mati. Atau mati disebabkan berhenti.

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Keadaan Bunyi Huruf Qolqolah

Terdapat 3 martabat bunyi Qolqolah mengikut keadaan. Untuk lebih mudah memahaminya, saya datangkan contoh di dalam surah Al Masad, muka 603.

 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

1) Keadaan hurufnya mati di akhir dan hurufnya ada sabdu. 

Contohnya :

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

 

Pada perkataan “Watabba”. Huruf “Ba” ini berada di akhir dan bersabdu. Keadaan ini memerlukan sebutan bunyi yang kuat. Ianya dipanggil Qolqolah Akbar. Maksudnya, sebutan lantunannya Akbar (besar, kuat).

Nak mudah ingat. Allahu Akbar. Allah yang MAHA BESAR.

Cara sebutannya ada sedikit tertahan. “Watab bird”

 

2) Keadaan hurufnya mati di akhir dan hurufnya ada TIADA SABDU. 

 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Pada perkataan Kasaba ayat 2, Lahab ayat 3 & Al Hathob ayat 4. Hurufnya berada di akhir tetapi tidak mempunyai sabdu. Jadi, sebutannya kurang sedikit dari sebutan Qolqolah Akbar. Ianya dipanggil Qolqolah Kubra.

 

3) Keadaan hurufnya mati di tengah-tengah huruf.

 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

 

Pada perkataan “Hablun”. Huruf Ba mati berada di tengah perkataan. Sebutan bunyi bawah daripada sebutan bunyi Qolqolah Kubra.  Ianya dipanggil Qolqolah Shughro.

 

 

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This