Puan Syakireen : Saya Memang Tak Pandai, Iqro Pun Tak Pandai Jugak

Puan Syakireen, pelajar di bawah program UAC pilih untuk dibimbing bersama AlMukhlisin apabila seronok ketika beliau berjaya khatam Al Quran.

Macam mana Allah bagi beliau rasa nak belajar Al Quran semula?

Tahun 2015, beliau beli Al Quran elektronik. Waktu itu memang niat nak belajar, tapi tak jumpa guru, ditambah dengan sibu berkerja. Akhirnya Al Quran tu tersimpan sahaja.

Rezeki PKP bulan Mac 2020, beliau mula rasa nak belajar Al Quran.

“Saya memang tak pandai baca. Nak baca Iqro pun tak pandai jugak”.

“Tapi saya ada Quran elektronik. Jadi saya belajar baca Iqro sendiri. Ya, saya belajar sendiri dengan bantuan Quran elektronik tu”.

“Saya doa dengan Allah “Ya Allah aku nak sangat baca Quran, bantu aku ya Allah”. Waktu ni saya mula dengan Iqro”.

“Kemudian saya doa lagi “Ya Allah, sebelum hari lahirku 21/10/2020, izinkan aku khatam Quran yang pertama kali dalam hidup ya Allah”.

Allah Maha Mendengar. Alhamdulillah, 20/10/2020, saya berjaya khatam buat pertama kalinya, iaitu sehari sebelum hari lahir saya. Saya khatam dengan bantuan Quran elektronik tadi.

Pencapaian Puan Syakireen

Tapi ketika itu beliau sedar bacaan Al Quran memang banyak tak betul. Yelah, belajar sendiri tak ada guru.

Beliau doa lagi “Ya Allah, rezekikan aku untuk bertemu guru yang bersesuaian untuk aku dalam menjaga Al Quran”.

Allah Maha Mendengar doa hamba-Nya. Sekarang beliau dibimbing oleh AlMukhlisin. Bukan sahaja bimbingan mengaji Al Quran, tetapi bimbingan dalam kehidupan.

Beliau terpana dengan kata-kata Ustaz Zul AlMukhlisin,

“Al Quran ialah “Tajweed Lifestyle”. Iaitu buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang”.

Mula faham erti kehidupan bahawa itulah sebenar-benarnya yang perlu kita buat sebagai hamba Allah.

“Bacaan Al Quran saya bermula dengan tak lancar, kini saya mula menguasai asas untuk membaca Al Quran dengan baik. Sebutan huruf pun dah bunyi Arab hehe..

“Tambah lagi dengan cirlce UAC yang positif, saya sentiasa diberi motivasi. Tak sempat nak lemau. Malahan setiap sesi kelas ada saja drama sampai mengalir air mata”.

Semoga kita semua sentiasa bersama dengan Al Quran.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This