SAQQQTOOOHHHH

 

saktah

 

 

 

SAQQQTOOOHHHH…

Pernah dengar orang-orang dulu sebut “Saqqqqtoooohhh”..Hehehe
.
.
Saqqqqtooohhh, sebenarnya ialah saktah. Slang orang lama di kelantan..
.
.
Apa maksud saktah ye, ustaz??
.
.
Saktah ertinya kita tahan nafas yang sama selama 2 saat ketika kita baca sambung..
.
Kalau kita baca berhenti, saktah tidak akan berlaku.
.
.
Contohnya pada surah Al Kahfi Ayat 1&2 muka surat 293..
.
Jika kita baca berhenti pada perkataan ‘iwaja’, maka saktah tidak akan berlaku.
.
.
Jika kita baca sambung pada perkataan ini, maka kita dikehendaki baca saktah..
.
.
“Iwaajaa”, tahan nafas 2 saat, “Qoyyima…”
.
.
Dalam Al Quran hanya ada 5 sahaja saktah.
.
.
4 tempat Bacaan Saktah yang disepakati

1)Kalimah مرقدنا surah Yaasiin Ayat 52
2)kalimah من راق surah Al-Qiyamah Ayat 27
3)kalimah عوجا surah Kahfi Ayat 1&2
4)kalimah بل ران surah Al-Muthoffifiin Ayat 14
.
.
Satu Bacaan Saktah yang Khilaf

Kalimah ماليه هلك surah Al-Haaqah Ayat 28-29 ada dua wajah

1)Baca dengan Saktah
2)Baca dengan Idgham apabila dibaca dengan tidak saktah
.
.
Faham ke faham??
.
.
Nak lebih yakin cara bacaan saktah anda, kena talaqqi dengan guru.
.
.
Mudah kan saktah??

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This