Che Hsnah Mamat, salah seorang pelajar UAC Ulul Albab Circle AlMukhlisin, sudi berkongsi kisah kesedihannya yang baru sahaja kematian suami pada tahun lalu. Menurutnya, sejak kematian suaminya, beliau tak mampu nak baca Quran kerana sering teringat pada arwah suami, kerana semasa hayatnya, mereka sering baca Quran dan tadarus bersama-sama.
Kehilangan suaminya sangat memberi kesan buat diri Kak Hsnah, terutamanya dari segi ibadah membaca Quran.
“Ramadhan tahun ini, memang suka sangat rasanya. Sebab saya dapat khatam Quran sebanyak 4 kali. Tadarus (bersama AlMukhlisin) 3 kali, sendiri 1 kali. Nak dibandingkan tahun-tahun lepas, saya tak dapat nak buat sebab suami saya baru sahaja meninggal. Bila baca Quran, saya teringatkan dia…”
Namun, jatuh dan sedih tidak kekal selamanya. Ramadhan tahun ini, Kak Hsnah mula bangkit dan kembali menggali semangat untuk terus bersama Quran. Sejak dari hari pertama Ramadhan, beliau konsisten ikuti program Tadarus bersama Ust Zul AlMukhlisin sehingga dapat khatam secara berguru sebanyak 3 kali.
“Alhamdulillah Ramadhan saya tahun ini saya rasa penuh dengan isian Quran. Saya jadi lebih semangat baca Quran dan dapat follow walaupun tidak sepenuhnya.”
Menutup perkongsian beliau dengan penuh perasaan syukur kerana dapat bangkit semula demi Quran,
“Terima kasih AlMukhlisin, terima kasih Ust Zul AlMukhlisin beri semangat pada saya. Terima kasih”
Semoga kebangkitan semangat yang ditonjolkan Kak Hsnah turut menjadi pedoman untuk kita, supaya kekal konsisten dan istiqomah belajar Quran.
Tonton lebih dekat perkongsian beliau di SINI.
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Hsnah ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan LINK WHATSAPP ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –
Discussion about this post