Rahsia Untuk Pandai Mengaji Dengan Bertajwid

Al Quran adalah kalam Allah yang penting untuk umat Islam. Al Quran juga sebagai pensyafaat hambanya pada hari akhirat. Rugi jika kita tidak membacanya. Saya belajar mengaji pada usia dewasa dan saya juga turut mengajar orang dewasa yang pelbagai umur. Saya ada 1 rahsia yang ingin dikongsikan dengan anda, ia betul-betul dapat menguasai bacaan secara bertajwid.

1 Rahsia ini ialah : Sistem

Saya akan terangkan secara terperinci apa itu sistem. Sistem ialah bagaimana cara anda belajar dan mengaplikasikan ilmu yang di pelajari. Dalam pengajian ilmu membaca Al Quran dengan bertajwid, sudah tentu cara anda belajar ilmu tajwid dan cara mengaplikasikan ilmu tajwid tersebut di dalam membaca Al Quran.

Ini merupakan perkara TERPENTING jika anda ingin menguasai bacaan Al Quran secara bertajwid.

Jika di tanya kepada anda tentang hukum tajwid, anda mungkin dapat menjawab dengan tepat berserta contohnya sekali.  Tetapi apabila membaca Al Quran, anda mungkin ‘langgar’ dan tidak meletakkan apa yang anda pelajari dan faham di dalam bacaan.

Mengapa ini terjadi?  Saya mahu anda memahami betul-betul tips-tips penting di bawah ini.

Jawapannya ialah sistem pembelajaran anda KURANG BERKESAN.

  1. Anda pelajari ilmu tajwid secara asing – Ya, anda pelajarinya secara asing.  Maksudnya anda pelajari ilmu tajwid secara kelas.  Memahami kejadiannya, contoh-contohnya dan cara bacaannya.  Sesekali mencarinya di dalam Al Quran.  Tidak cukup latihan.
  2. Anda pelajari ilmu tajwid banyak dalam masa yang singkat – Ya, disebabkan anda memahaminya dengan cepat, anda pelajarinya banyak dalam satu masa.  Memahami dan menguasai ilmu tajwid dalam bacaan Al Quran adalah amat berbeza.

Bagaimana cara mengatasinya?

Ada  3 peringkat sistem menguasai bacaan Al Quran bertajwid :

  • Anda memahami kejadian, contoh, cara bacaan dan mungkin nama hukum tajwid tersebut.
  • Anda dilatih secukupnya dengan membaca latihan khusus hukum tajwid tersebut yang mempunyai pelbagai bentuk.
  • Anda dijarakkan mempelajari ilmu tajwid yang baru supaya yang lama dapat dikuasai dan tidak menyebabkan ‘haywire’ atau bercelaru apabila semakin banyak ilmu tajwid yang anda pelajari.
  • Anda dilatih dengan perkara yang baru dengan tidak meninggalkan ilmu tajwid yang lama dan tidak termasuk yang belum anda pelajari.  Ini bermakud latihan latih tubi anda adalah BERPERINGKAT dan mudah.

Cara mudah pelajari Tajwid

Saya akan kongsikan cara cepat menguasai tajwid tetapi saya tidak menjelaskan seluruh hukum tajwid yang ada, saya hanya kongsi cara menghafal hukum bacaan nun sukun atau tanwin dan mim mati.

1

2

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This