Punca Solat Tidak Khusyuk

baca-quran-slate

 

Sebab Solat Tidak Khusyuk

Solat adalah tiang agama. Di dalamnya terkandung segala nilai iman dan Islam. Mendirikan solat sama dengan mendirikan agama manakala tidak solat sama dengan meruntuhkan agama. Antara matlamat utama bersolat adalah untuk ingat kepada Allah namanya khusyuk. Khusyuk sangat membantu untuk melahirkan roh ”ingat ” dan inilah yang membuatkan solat akan mencegah fahsya’ dan mungkar di luar solat iaitu dalam kehidupan harian. Masalahnya solat tak khusyuk. Perbincangan kali ini kenapa solat tidak khusyuk? Perbincangan kali ini ialah mengenai sebab dan penghalang kenapa solat tidak khusyuk.

Antara sebab solat tidak khusyuk:

PERTAMA : tidak ada keinginan atau keghairahan mendirikan solat.buat seperti dipaksa-paksa menyebabkan solat menjadi sambil lewa buat dengan tidak tulus. Walaupun solat adalah amalan yang ringan sahaja tetapi menjadi sangat berat dek kerana tiada kesungguhan. Main bola berjam-jam boleh tapi solat beberapa minit dah jadi gelisah. Bergayut talifon berjam-jam penuh sungguh-sungguh tapi solat sekejap macam pikul bebanan. Jika tahap keiginan bersolat tak ditingkatkan selama itulah solat tidak akan menjadi ”pengubah”. Nak tingkatkan keghairahan untuk bersolat ialah dengan banyak membaca al quran,ingat mati selalu ambil tahu tentang kelebihan khusyuk dalam solat.

KEDUA : Sebab tak dapat khusyuk solat ialah makan makanan yang haram. Memkan yang haram bererti menentang Allah. Orang yang menentang Allah adalah orang yang tidak takut Allah. Dan benda-benda yang haram ini akan menjadi darah daging manakala darah daging inilah yang akan melahirkan tenaga dan gerak. Kalau memakan yang haram Ia akan menggerak dan mendorong perbuatan yang jahat dan maksiat akibatnya hati menjadi kotor dan hati yang kotor mesti liat untuk beribadat. Solat untuk mendekat dengan Allah benda maksiat kesanyan menjauhi Allah. Orang yang jauh dengan Allah tak seronok bertemuNya dalam solat.kalau dah tak layan Allah akibatnya kene boolayanlah dari Allah.

KETIGA : Sebab keras hati dan takabbur. Orang yang takabbur ialah orang yang tidak berupaya untuk merendah diri di hadapan Allah. Rasa diri besar walaupun tak besar mana pun. Kalau perut aje besar buat ape. Manakala hati yang keras pula tidak akan terkesan dengan nilai tarbiah kehambaan yang dilahirkan dalam solat. Bila rukuk dia tak rasa hina, bila sujud tak terasa kebesaran Allah. Orang besar sangat dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah tuhan yang maha besar. Orang kaya-kaya sangat dilayani dan dihurmati tetapi lupa untuk menghormati Allah sebagai tuhan yang paling kaya. Hati jadi keras kerana 3 perkara. Iaitu makan makanan yang yang haram, tak dengar majlis ilmu dan banyak dosa.

KEEMPAT : Sebab tidak khusyuk solat ialah ”lagha” banyak melakukan perbuatan yang sia-sia. Apalagi kalau membawa kepada haram. Cakap banyak yang tak ada faedah,perkataan pula lucah dan cabul serta kotor,gurau senda yang melampau,umpat fitnah. Sudah tentu perbuatan ini akan membuatkan hati jadi kotor. Bila hati kotor maka isinya adalah maksiat bila maksiat penuh di hati zikrullah tak akan masuk. Mendengar muzik dan lagu-lagu yang cabul hanya menjadi ejen kepada syaitan untuk melalaikan solat dan kalau dah lalai solat tak tak punya ”roh” lagi.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This