Puan Rahmah – Masalah bacaan saya selalu pada dengung tak dengung dan panjang pendek.

Seorang yang berkerjaya, Puan Rahmah yang kini berusia 60 tahun tekad untuk dibimbing kehidupannya bersama Quran.

Mula menyertai program UAC ‘Ulul Albab Circle’ AlMukhlisin setahun yang lalu (25 Mac 2020). Beliau pada mulanya mengenali AlMukhlisin melalui laman facebook.

Beliau berkongsi, “dulu, saya memang tak pandai langsung tajwid”. Masalah bacaan saya selalu pada dengung tak dengung dan panjang pendek”.

Apa yang menarik perhatian kami ialah, beliau sangat gigih menulis nota-nota pembelajaran dalam semua sesi kelas ‘UAC’.

“Bagi saya, saya suka mendengar, dan suka menulis, kemudian saya boleh terus ‘apply’ waktu baca Quran. Itu cara saya upgrade ilmu saya. Semua yang Ustaz ajar saya akan tulis”.

Sangat komited mengikuti kelas, walaupun penat dengan jadual kerja yang padat. Beliau bertekad untuk tetap berusaha mengikuti kesemua sesi kelas dalam program UAC dengan sebaik mungkin.

Semoga kita semua dapat mengambil semangat dan keazaman beliau dalam menuntut ilmu.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This