Puan Khadijah – Dulu, saya baca Quran guna teknik simbol je. Tapi kalau saya tak kenal simbol, macam mana saya nak baca?

Puan Khadijah, seorang ibu berusia 36 tahun pilih untuk dibimbing bersama Quran setelah ujian demi ujian dilalui beliau dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Beliau berkongsi cerita,

“Dulu, saya baca Quran guna teknik simbol je. Tapi kalau saya tak kenal simbol, macam mana saya nak baca?”.

Beliau mula mengenali AlMukhlisin sejak 2017 melalui laman Facebook, yang mana ketika itu sedang rancak dengan program live Tajwid Santai.

Sekarang, beliau berani buat keputusan untuk dibimbing lebih dekat bersama AlMukhlisin dengan mendaftar program UAC ‘Ulul Albab Circle’ tahun lepas (2020).

Pencapaian Puan Khadijah

“Saya mula faham teknik-teknik baru dalam ilmu tajwid”.

“Selain teknik simbol, Ustaz kongsikan juga teknik mudah untuk ingat nama-nama hukum bagi nun mati, yang mana bagi saya sangat senang difahami”.

“Sebab Ustaz suka gunakan nama-nama hukum ini bila Ustaz bercerita. Contoh, waktu mengajar Ustaz akan tanya ‘kamu Izhar (jelas) ke dengan apa yang Ustaz terangkan? Ada ke yang ikhfa’ (samar-samar) ke? Kalau ikhfa’ kena Idgham (masuk) program ITQK hehe’,”.

Ilmu yang AlMukhlisin bawakan sangat menarik minat beliau kerana banyak ‘trick’ dan formula yang Ustaz ajar.

Selain ilmu tajwid, Ustaz juga kongsikan berkaitan ulum Quran. Jadi ilmu yang diperlajari semakin luas dengan pelbagai cabang pengetahuan yang baru. Saya jadi seronok dan jatuh cinta dengan ilmu, rasa nak belajar dan belajar lagi.

Antara ilmu baru yang saya belajar ialah teknik 6 item yang sangat ‘rare’ bagi saya.

Contohnya 6 item bagi surah Al Mulk:

“Muka surat 562, juzuk 29, surah Al Mulk 6730, surah Makkiyah, Maqro’ 57, ayat 1-30”.

Jadi, kita bukan sahaja baca ayat Quran semata-mata, tapi kita meneliti pula setiap satu item yang ada dalam mushaf Quran tersebut. Rupa-rupanya banyak fungsi kenapa adanya item-item tersebut yang belum kita dalami dan fahami.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This