Puan Hadijah – Dulu, masa tak ada orang ‘guide’ saya, memang saya istiqamah baca Quran, tapi saya baca ikut suka je.

Seorang ibu kepada dua orang anak, Puan Hadijah pilih untuk dibimbing bersama Quran secara berguru. Ketika itu, beliau tercari-cari guru Quran untuk belajar.

“Sebenarnya dulu, saya dah boleh baca Quran sendiri, tapi saya rasa bersalah bila baca tanpa panduan guru”.

Sekarang beliau sudah dibimbing di bawah program UAC “Ulul Albab Circle AlMukhlisin”.

Bila dah berguru, beliau mula perasan bahawa banyak lagi ilmu-ilmu yang belum beliau pelajari.

Bila baca Quran depan guru, memang terasa perbezaannya berbanding bila baca sendiri. Baca sendiri memang syok sendiri. Bila baca depan guru, barulah perasan kesilapan bacaan kita.

Pencapaian Puan Hadijah

“Dulu, masa tak ada orang ‘guide’ saya, memang saya istiqamah baca Quran, tapi saya baca ikut suka je. Kadang-kadang enam bulan, kadang-kadang tiga bulan baru dapat sekali khatam. Paling cepat pun, sebulan lebih dapat khatam”.

“Bila bertalaqi dengan Ustaz, Ustaz minta catat rekod bacaan. Ketika itu, saya kena ambil slot 30 jam untuk habiskan 30 juzuk. Jadi, nak tak nak saya kena habiskan satu juzuk dalam masa satu jam. Itu menjadi satu dorongan bagi saya”.

“Rupa-rupanya saya mampu buat. Walaupun mula-mula buat kerana dipaksa, tetapi akhirnya saya sedar bahawa saya mampu buat lebih daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini, disebabkan Ustaz yang ‘push’ saya”.

“Terima Ustaz atas bimbingan Quran yang diberi”.

Sekarang, jadual bacaan Quran beliau, sebulan sekali mesti khatam.

Beliau terkesan dengan kata-kata Syeikh Ali Jaber:

“Kalau kita hanya dapat khatam Quran dalam masa 40 hari, itu adalah selemah-lemah iman”.

Beliau bercerita dalam keadaan sebak “kalau dalam masa 40 hari pun dikira selemah-lemah iman, kalau lebih daripada itu macam mana?”

Nasihat beliau bagi yang masih bertatih lagi:

“Walaupun kita baru nak belajar baca Quran, kita kena sentiasa baca, kerana disitulah kita dapat lancarkan lidah kita. Dan jangan lupa untuk berguru”.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This