Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat_

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

 

SOALAN :

Ustaz, jika saya berhenti pada perkataan ‘Alaihim’ tempat yang pertama pada ayat terakhir surah Al Fatihah, adakah dikira saya menambah satu ayat iaitu 8 ayat?

Jika dalam solat, adakah solat saya dikira batal kerana membaca 8 ayat surah Al Fatihah?

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

 

JAWAPAN :

Ada 2 ilmu penting yang perlu anda faham

  1. Ilmu Fawasil
  2. Ilmu Waqaf Ibtida’

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat_ (1)

Ilmu Fawasil

Ilmu Fawasil ialah ilmu yang berkaitan dengan bilangan ayat Al Quran. Bilangan setiap ayat akan dikira berdasarkan hujung kalimah tersebut.

Cara mudah nak kenal ialah dengan melihat bulatan yang di dalamnya ditulis nombor ayat.

Contohnya :

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

 

Dalam Ilmu Fawasil, bulatan nombor ini dipanggil sebagai Ra’sul Aayah (Kepala Ayat). Ra’sul Aayah akan dikira pada hujung kalimah iaitu Ar Rahiim, bukannya perkataan Bismillah.

 

Kesilapan kebanyakan pembaca Al Quran

Contohnya di dalam surah Al Fatihah.

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

 

Kesilapannya apabila diminta untuk membaca ayat ke 3, maka kebanyakkannya mereka yang masih baru akan memulakan bacaan pada perkataan Maaliki, sedangkan ayat yang ke 3 ialah Ar Rahman.

Kesilapan ini berlaku kerana salah faham bahawa permulaan sesuatu ayat dilihat pada bulatan nombor (Ra’sul Aayah) jika menggunakan  kaedah bahasa melayu. Ayat baru selepas titik. Bagi Al Quran,  perkataan dahulu barulah dikira bilangan ayat.

Daripada ilmu Fawasil inilah keluarlah bahawa bilangan ayat bagi satu Al Quran untuk Mushaf Kuffah ialah 6236.

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat

 

Ilmu Waqaf & Ibtida’

 

Waqaf & Ibtida’ ialah berkaitan dengan bacaan ketika berhenti & permulaan bacaan. Ketika membaca Al Quran perbuatan berhenti & permulaan bacaan pasti akan berlaku kerana nafas pembaca Al Quran tidak akan dapat membaca Al Quran dengan satu nafas.

Contoh yang mudah, dalam surah Al Baqarah, ayat 282 pada muka surat 48. Ayat yang terpanjang dalam Al Quran. Ayat ini dipanggil sebagai Ayat hutang.

Anda tidak akan mampu membaca satu ayat ini dengan satu nafas kerana panjangnya satu muka surat. Oleh itu, anda boleh berhenti di mana-mana sahaja mengikut kaedah yang ditetapkan oleh ulama’ tajwid menggunakan ilmu Waqaf & Ibtida’.

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat?

 

Kita kembali kepada persoalan yang ditanya,

Apabila anda memahami kedua-dua ilmu ini, maka anda akan boleh memahami bahawa, bilangan ayat Al Quran bagi surah Al Fatihah tetap dikira dengan 7 ayat.

Dan ditambah dengan bilangan bagi surah Al Fatihah secara sepakat berjumlah 7 ayat oleh semua ulama’ berdasarkan ayat 87 surah Al Hijr :

 

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.

 

Walaupun anda berhenti pada perkataan ‘Alaihim pertama dan mula pada perkataan ”Ghoiri”.  Ataupun membaca surah Al Fatihah dengan satu nafas, bilangan ayat Al Qurannya tetap dikira dengan 7 ayat.

 

Perbahasan Surah Al Fatihah 7 Atau 8 Ayat

 

Kesimpulannya :

Solat tidak batal kerana..

Waqaf bab lain, fawasil bab lain.

Waqaf bukan berkaitan pengiraan ayat Al Quran.

Fawasil-lah yang menentukan bilangan Ayat Al Quran.

Tanda waqaf ialah seperti Waqaf Qili, Sili, Lam Alif, Mim kecil, Jim kecil & titik tiga bertindih. Penentuan tempat bagi waqaf-waqaf ini mengikut kefahaman ulama berdasarkan petunjuk dari Rasulullah SAW.

Waqaf bersifat Ijtihadi (pendapat ulama’), fawasil pula bersifat tauqifi (ketetapan Rasulullah SAW).

Anda boleh waqaf di mana-mana tempat sahaja, tetapi perlu mengikut petunjuk daripada ulama’.

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This