AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Membaiki Hubungan Dengan Al Quran Dan Meningkatkan Bacaan

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 4 mins read

18-1-17

Sangat bertuah sesiapa yang dapat membaca Al Quran serta menghafal dengan lancar. Bukan itu sahaja, bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al Quran atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul? Seseorang yang dapat membaca Al Quran setiap hari adalah satu kenikmatan serta dapat mengalunkan bacaan Al Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan.

Menghafal 30 juzuk Al Quran adalah matlamat setiap orang yang bergelar muslim tapi sekiranya dapat mencapai kesemua perkara diatas adalah satu kebahagiaan yang sangat besar dan bermakna dalam hidup. Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya masyarakat kini yang sangat sibuk, ia membataskan hubungan seseorang dengan Al Quran. Malah semakin hari ia semakin kritikal dari generasi ke generasi. Walau apa pun kes yang mungkin terjadi, kita BOLEH BERUBAH dan MESTI BERUBAH.

Tips mendekatkan hubungan kita dengan Al Quran :

1. Imbas kembali niat kita

1

Kunci untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Al Quran adalah muhasabah kembali niat kita, sebelum menyentuh kitab Allah ini. Tanya diri secara jujur, mengapa kita membaca Al Quran? Hanya sekadar membaca isinya sahaja, dan kemudian membiarkan ia menghanyut jauh daripada kita tanpa amal?

Ingatlah bahawa Nabi Muhamad (SAW) digelarkan sebagai Al Quran bergerak : Dalam kata lain, Baginda tidak hanya membaca dan mengalunkan Al Quran, tetapi baginda beramal dengan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.

 2. Mengambil Wuduk sebelum membaca Al-Quran

2

Mengambil wuduk adalah persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan sekadar sedang  membaca ‘buku’ biasa. Sebenarnya kita sedang ingin berhubung dengan Allah, oleh sebab itu kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.

 3. Mulakan dengan membaca Al Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari

3

Selalunya kita beranggapan bahawa kita patut  membaca Al Quran sekurang-kurangnya sejam atau lebih. Jika anda bukanlah orang yang sentiasa membaca Al Quran, itu pastinya terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan.

Sebagai permulaan, mulakan dengan hanya 5 minit sehari. Apabila anda memulakan langkah pertama ini, InsyaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 5 minit itu akan bertukar menjadi 10 minit, 10 minit akan menjadi setengah jam, dan seterusnya menjadi sejam. Dan mungkin lebih lagi.

 4. Pastikan kita faham apa yang dibaca

4

Meluangkan masa lima minit untuk membaca Al Quran dalam bahasa arab adalah bagus, namun kita perlu faham apa yang kita alunkan itu. Pastikan anda ada terjemahan Al Quran yang baik dalam bahasa yang anda mudah untuk memahaminya.

Sentiasalah membaca terjemahan untuk memahami apa yang telah dibaca. Pasti hati kita akan berasa tenang, dan menjumpai jawapan-jawapan kepada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup kita. Al Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus didengari sampai ke hati. Kerana fungsi baca Al Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati.

 5. Membaca dan mendengar

5

Di era yang serba canggih ini, gunakan sebaiknya teknologi ada. Download aplikasi dan audio ke dalam smartphone kita, dengan cara ini kita boleh mendengar alunan Al Quran setiap masa dari Qari yang kita minati dan secara tidak langsung dapat memperbaiki bacaan kita dari masa ke semasa.

Cara ini ibarat serampang dua mata, kerana kita dapat  mendengar bacaan yang betul dan pada masa yang sama akan membuatkan kita mengingati ayat-ayat suci itu dalam hati kita.

 6. Belajar Tajwid

6

Membaca Al Quran secara bertajwid adalah sangat penting. Ada 4 perkara asas TAJWID yang perlu kita pelajari. Bacaan panjang atau pendek, Bacaan dengung atau tidak dengung, Bacaan waqaf dan Ibtida’, dan Makhraj dan Sifat Huruf. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu, belajarlah dan amalkan hukum tajwid yang betul. Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru.

7. Berdoa kepada Allah.

7

Mohonlah kepada Allah supaya membimbing dan membantu kita apabila membaca Al Quran. Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripadaNya serta kita berniat untuk berhubung dengan Allah dengan cara membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al Quran. Oleh itu, doa adalah satu perkara terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah.

Akhir sekali,

Tips yang paling penting adalah kita mesti konsisten dalam membaca Al Quran. Perlu konsisten setiap hari dan setiap masa dalam membaca Al Quran, supaya kita semakin mahir. Bacalah sebanyak mungkin dan sekerap mungkin yang boleh. Tiada yang boleh menggantikan disiplin ini. InsyaAllah, pasti Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita dalam mencapai redhanya. Semoga bermanfaat.

SHARE untuk mendapat SAHAM AKHIRAT secara PERCUMA.

(Visited 636 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Keutamaan Surah Ar Rahman

Next Post

Khasiat Surah Al Kautsar

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

Khasiat Surah Al Kautsar

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?