Keutamaan Surah Ar Rahman

14-1-17

Surah Ar Rahman adalah surah ke-55 dari 114 surah dalam Al Quran. Surah ini tergolong surat makkiyah dan mengandungi 78 ayat. Dinamakan Ar Rahmaan yang bermaksud Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Surah ini mengingatkan kepada manusia untuk selalu bersyukur atas nikmat yang Allah berikan.

Dan dalam surat Ar Rahman, Allah mengingatkan hal itu berulang-ulang dalam beberapa ayat dengan teks yang berulang-ulang. Diantara keajaiban yang luar biasa dalam Al Quran, khususnya dalam Surat Ar Rahman adalah ayat yang berbunyi fa biayyi aalaa-I robbikumaa tikadz-dzibaan”. Artinya “Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan?”

Antara keutamaan Surah Ar Rahman :

1. Mengingatkan kepada kita bahawa Allah SWT memiliki Sifat Maha Pengasih

1

Sebagaimana salah satu sifat Allah SWT dalam asmaul husna, bahawa Allah SWT mempunyai sifat Ar Rahman atau Maha Pengasih. Allah SWT sentiasa mengurus dan mencukupi keperluan seluruh makhluknya di alam semesta ini tanpa satu pun yang terlewat.

Allah SWT tidak pernah pandang bulu terhadap seluruh makhluk-Nya dalam hal rezeki. Allah telah menetapkan pada masa sebelum bumi dan alam semesta diciptakan tentang rezeki masing-masing makhluk-Nya. Termasuk manusia, baik dia muslim atau kafir.

2. Mengingatkan kepada kita atas semua nikmatNya yang telah dan akan dianugerahkan

2

Dalam Surah Ar Rahman terdapat penerangan mengenai pelbagai nikmat yang Allah berikan kepada setiap makhlukNya, khususnya nikmat yang diberikanNya kepada golongan jin dan manusia. Gambaran kenikmatan yang diberikanNya berupa rezeki yang kita gunakan di dunia kini dan kelak di akhirat bagi siapa sahaja yang mendapatkan kenikmatan syurga.

3. Mengingatkan kepada kita agar tidak kufur dengan nikmat

3

Anda memberi perhatian kepada isi dalam Surah Ar Rahman, terdapat kira-kira 40% ayat dengan bunyi dan makna yang sama. Ayat ini merupakan sebuah isyarat kepada makhlukNya berupa golongan jin dan manusia. Isyarat ini dikhususkan bagi kedua makhlukNya yang mempunyai tabiat lupa akan segala nikmat yang telah Allah berikan. Walaubagaimanapun, sifat Maha Pengasih yang Allah SWT miliki, Dia tetap memberikan seluruh nikmat yang telah dijanjikannya kepada setiap makhlukNya di dunia.

4. Allah redha dengan nikmat yang diberikan

4

Sesiapapun yang rutinnya membaca Surah Ar Rahman, maka Allah SWT akan menyayanginya atas segala kelemahannya. Malahan, Allah SWT meredhai segala kenikmatan yang Dia berikan.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang membaca Surah Ar Rahman, Allah SWT akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikaruniakan padanya.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 5/187)

5. Memberi motivasi untuk terus semangat beribadah kepadaNya

5

Allah telah sampaikan di dalam Surah Ar Rahman mengenai pelbagai kenikmatan dan kebaikan yang akan diperolehi bagi sesiapa yang mempunyai semangat untuk terus beribadah kepada-Nya. Kelak di akhirat, mereka yang mempunyai semangat untuk terus beribadah akan mendapat balasan syurga yang kenikmatannya tidak pernah habis. Kekal selama-lamanya.

6. Orang yang membaca Ar Rahman apabila meninggal ia seperti mati syahid

6

Dalam Tsawabul A’mal, dijelaskan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “barang siapa membaca Ar Rahman, dan ketika membaca kalimat fabiayyi aala’i robbikuma tukadzibaan kemudian jika dia mengucapkan: tidak ada satupun nikmatMu dari Tuhanku yang aku dustakan, maka jika membacanya di malam hari kemudian mati, maka matinya seperti mati syahid, jika membacanya di siang hari kemudian ia mati, maka matinya seperti mati syahid. “(diriwayatkan oleh Imam Ja’far)

Hadis diatas sangat jelas bahawa Ar Rahman membuat pembacanya mati seolah syahid. Hadis tersebut juga mengingatkan kita untuk membaca surah Ar Rahman dalam dua masa, iaitu siang dan malam.

7. Mendapat syafaat di hari kiamat

7

Rasulullah bersabda: “jangan tinggalkan membaca surat Ar Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak menentramkan hati orang-orang munafik, kamu akan menjumpai Tuhan bersamanya(Ar Rahman) pada hari kiamat, wujudnya seperti wujud manusia  yang paling indah dan baunya paling harum, pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri dihadapan Allah yang paling dekat denganNya selainnya. Pada saat itu Allah berfirman: soapakah orang di dunia yang sering bangun malam dan tekun membacamu? Dia menjawab: Ya Robbi, Fulan bin Fulan, lalu wajah mereka menjdi putih. Dan ia berkata kepada mereka: berilah syafaat bagi orang-orang yang mencintai kalian. Kemudian ia memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang-orang yang berhak menerima syafaat mereka. Lalau ia berkata kepada mereka: masuklah kalian ke surga, dan tinggallah didalamnya sebagaimana yang kalian inginkan.”

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This