Keutamaan Surah Al Kahfi

checklistharijumaat

Surah Al-Kahfi (bahasa Arab: الكهف, al-Kahfi, “Gua”) disebut juga Ashabul Kahfi adalah surah ke-18 dalam Al-Qur’an. Surah ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamakan Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang bermaksud Penghuni-Penghuni Gua.

Kedua nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, mengenai beberapa orang pemuda (The Seven Sleepers) yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa cerita dalam surat ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang berguna untuk kehidupan manusia. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.

1.Terhindar dari fitnah Dajjal

Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”(HR. Abu Bakr bin Mardawaih)

 

2. Mendapatkan Cahaya dan Petunjuk dari Allah

Bersyukur1

Dalam satu hadis dmenyatakan perkara tersebut,

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya, dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad).

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT. Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.

 

3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT

anak-kecil

Dalam satu riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri ra., Dari Ibnu Umar ra., Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”

 

4. Bebas Dari Gangguan Syaitan

syaitan

Pada malam jumaat dan hari jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan. Dalam beberapa riwayat hadis dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.

Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.

 

5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaa’bah

mekah

Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda: “Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).”

6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat

cahaya

Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.
Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda :
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surat Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2 dan Al-Baihaqi: 3)

7. Menerangi di Hari Kiamat

mendung_di_langit_biru_48
Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit.
Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Qs. Al-Hadid: 12)
Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This