Boleh dikatakan kebanyakan imam-imam subuh hari Jumaat akan membacakan surah As Sajdah pada rakaat pertama dan surah Al Insan pada rakaat kedua. Ini kerana Rasulullah saw selalu membaca surah Al Insaan pada waktu solat subuh, sebagaimana keterangan hadis yang ada dalam shahih Muslim yang artinya : ”Sesungguhnya Rasulullah saw membaca surah As Sajadah dan Al Insan di dalam solat subuh pada hari Jumat.” [ HR Muslim dari Ibnu Abbas ]
Apa yang saya ingin bincangkan di sini ialah berkenaan surah Al insan. Apakah topik yang dibincangkan di dalam surah ini?
Di dalam surah Al Insan banyak mengfokuskan tentang kelebihan MEMBERI.
Memberi tidak kira samaada dalam bentuk wang, masa, tenaga, bahkan senyuman! (>_<)hehe
Surah Al-Insan mendidik kita untuk memberi. Ya, beri, apa sahaja. Dalam surah ini juga, Allah menyediakan pilihan buat manusia untuk memilih jalan yang baik atau jalan yang salah. Syukur atau kufur. Kerana manusia, Allah telah kurniakan dengan kelebihan boleh memilih dengan panduan akal dan agama.
Cuba tengok, nikmat-nikmat yang bakal kita dapat dengan hanya memberi!
Barangsiapa menghilangkan wajah kedukaan pada fakir miskin, anak yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan, Allah hilangkan dari wajahnya kedukaan di hari semua orang berduka.
Al-Insan, ayat 11.
Barangsiapa memberikan pakaian untuk membantu fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang ketiadaan pakaian, maka Allah beri kepadanya sutera dalaman dan luaran pakaiannya.
Al-Insan, ayat 12 dan 21
Barangsiapa mendekatkan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan kepada fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang kebuluran, Allah dekatkan kepadanya segala jenis buah-buahan di Syurga.
Al-Insan, ayat 14
Barangsiapa yang memberikan minuman fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan yang dahaga, Allah kelilingkan dirinya di Syurga nanti dengan pelayan-pelayan dan sungai-sungai yang mengikuti ke mana jua dia mahu berjalan.
Al-Insan, 6 dan 15
Barangsiapa menjadikan dirinya sebagai tempat bersandar fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan, Allah berikannya tempat bersandar buat selamanya di dalam Syurga, berehatlah.
Al-Insan, ayat 13
Barangsiapa yang memberikan teduhan kepada fakir miskin, yatim piatu dan non-muslim hamba tawanan dari terik matahari musim panas dan kedinginan musim sejuk, Allah bebaskannya dari kepanasan atau kesejukan di Syurga nanti.
Al-Insan, ayat 13
SEMUA TENTANG MEMBERI!
Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita banyakkan memberi. InsyaALLAH, manfaatnya akan kita dapat samaada di dunia ataupun nikmat-nikmat yang tidak digambarkan di syurga nanti.
Berkongsi ilmu adalah salah satu memberi. So, jom SHARE ilmu ini, supaya kita tergolong dalam golongan orang yang memberi. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post