Assalamualaikum
Rahsia dan kelebihan hari khamis di dalam Islam. Hari Khamis ialah hari sebelum datangnya hari jumaat. Ia merupakan hari yang kelima dan didalam Bahasa Arab ia sebagai “AlKhamis”. Untuk pengetahuan, hari Khamis merupakan antara hari yang baik untuk menunaikan hajat. Oleh itu, sesiapa yang berhajat kepada seelok-eloknya dilaksanakan pada hari Khamis. Kebiasaan amalan banyak yang dilakukan pada hari Khamis seperti berpuasa, membaca Yaasin pada hari Khamis malam jumaat, membuat tahlil pada malam jumaat dan sebagainya.
Tambahan lagi, umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada hari Khamis. Terdapat lapan (8) fadhilat dan kebaikan bagi orang berpuasa sunat pada hari khamis iaitu :
- Lebih banyak beramal.
- Mempercantikkan wanita secara semulajadi.
- Menenangkan jiwa dan perasaan.
- Memberi rehat organ pencernaan.
- Menegangkan kulit.
- Pemulihan sel-sel kulit.
- Mengurangkan kadar lemak.
- Mampu menundukkan hawa nafsu.
Dari Anas bin Malik r.a berkata “Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: “Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: “Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: “Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar”.
Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:
- Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
- Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
- Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
- Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
- Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
- Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.
Discussion about this post