AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Kelebihan Baca Surah Al Kahfi Setiap Hari Jumaat

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 3 mins read
Kelebihan Baca Surah Al Kahfi Setiap Hari Jumaat

Salam Jumaat penghulu hari. Apa aktiviti anda pada hari ini?

Hari Jumaat sangat sinonim dengan amalan membaca Surah Al Kahfi. Tapi apa kelebihan surah ini sehingga ianya menjadi satu galakan pada setiap hari Jumaat?

Surah Al Kahfi adalah surah yang ke-18 dalam turutan surah-surah di dalam Al Quran dan mempunyai 110 ayat. Nama surah ini diambil sempena kisah utama dalam surah ini sendiri iaitu kisah pemuda yang tertidur di gua (kahfi) selama 309 tahun selepas mereka melarikan diri daripada pemerintah yang kufur pada ketika itu.

Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membicarakan tentang kelebihan surah ini. Antaranya adalah :

Pertama : Disinari cahaya di antara dua Jumaat

“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat”

(HR An-Nasa’i dan Baihaqi)

Kedua : Diampuni dosa di antara dua Jumaat

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

(HR. Abu Bakr bin Mardawaih)
– Petikan dari Kitab at-Targhib Wa al-Tarhib –

Ketiga : Dilindungi dari fitnah (ujian) Dajjal bagi yang membaca sepuluh ayat terawal

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan Surah Al Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal”

(HR. Darimi)

Keempat : Dilindungi dari fitnah (ujian) Dajjal bagi yang menghafal sepuluh ayat pertama \ terakhir 

Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari Surah Al Kahfi, nescaya dia akan terlindung

(HR. Darimi)

MasyaAllah, baru tahu banyak rupanya kelebihan-kelebihan Al Kahfi ni. Rugi sangat kalau tak berusaha untuk lazimi surah ni setiap hari Jumaat.

Dalam pengiraan waktu dan hari mengikut kalendar Islam, yang dimaksudkan dengan baca pada hari Jumaat ialah bermulanya pada waktu Maghrib hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.

Jadi, bila bermulanya azan Maghrib hari Khamis, anda bolehlah mula membaca Surah Al Kahfi ni bagi mendapatkan kelebihan-kelebihan seperti yang telah dinyatakan dalam hadis-hadis di atas.

Tapi kan ustaz, surah ni panjang sangat. Kadang-kadang tak sempat nak habiskan baca satu surah sekaligus dalam satu-satu masa. Macam mana tu ustaz?

Jangan risau. Ustaz akan kongsikan tips bagaimana untuk habiskan baca keseluruhan ini dalam penulisan seterusnya.

Apa yang menarik, ustaz akan bantu anda untuk membahagikan bacaan surah ini kepada beberapa bahagian mengikut waktu yang sesuai dengan masa anda.

Boleh baca di sini : (link)

Dah, dah. Jangan buang masa lagi. Jom ambil Quran masing-masing dan habiskan baca Surah Al Kahfi.

Kalau mampu, lagi bagus dapat hafal, faham, amal dan sampaikan kepada orang lain juga.

Sekiranya anda rasa penulisan kali ini bermanfaat, kongsikan kepada lebih ramai orang di luar sana supaya mereka juga mendapat manfaat yang sama seperti anda.

Semoga anda semua sentiasa dalam perlindungan Allah.

Wallahua’lam.

(Visited 22,000 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinKelebihanKelebihan Baca Surah Al KahfiSurah Al Kahfi

Discussion about this post

Previous Post

Kenapa Doa Tidak Makbul?

Next Post

TIPS KELUARGA BAHAGIA IDAMAN IBU BAPA MUSLIM

Related Posts

Al Quran BFF ku
Info Quran

Quran BFF Ku

5 February 2022
Al Quran Mukjizat Paling Agung
Info Quran

Al Quran Mukjizat Paling Agung, Rebutlah Ganjaran Membacanya

29 December 2021
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
TIPS KELUARGA BAHAGIA IDAMAN IBU BAPA MUSLIM

TIPS KELUARGA BAHAGIA IDAMAN IBU BAPA MUSLIM

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?