AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Keistimewaan Solat Sunat Tasbih

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Peristiwa Di Bulan Safar

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“ 
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak ataupun tersembunyi.

 

Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih

Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak 4 rakaat dan 1salam sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (2 rakaat, 1 salam).

Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yang agak lama kerana ia diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya sebanyak 75 kali, maka  jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih  X 4  rakaat = 300 kali.

 

Caranya :

1.  Niat Solat Sunat Tasbih:

    a)  Niat Solat Tasbih 2 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Sahaja aku solat Sunat Tasbih dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

   
    b)  Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,

“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-‘a rok-’a-tin lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

(Sahaja aku solat Sunat Tasbih empat raka’at, kerana Allah Ta’ala.)

 

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama’ ialah:

        1. Rakaat 1:  Surah At-Takathur atau Ad-Dhuha
        2. Rakaat 2:  Surah Al-‘Ashr atau Al-Insyiraah
        3. Rakaat 3:  Surah al-Kafirun atau Al-Kauthar
        4. Rakaat 4:  Surah Al-Ikhlas atau An-Nashr.

3.  Bacaan Tasbihnya ialah:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar;   Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Nota;
*Buat permulaan sekiranya berasa berat, bacalah tasbih di atas pada baris pertama sahaja.

4. Lakukan seperti solat-solat biasa yang lain beserta bacaannya, tetapi ditambah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap bacaan sebelum berpindah pada pergerakan seterusnya.

5.  Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:

      • Selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, baca 15 kali tasbih
      • Rukuk – 10 kali tasbih
      • I’tidal – 10 kali tasbih
      • Sujud pertama – 10 kali tasbih
      • Duduk antara 2 sujud – 10 kali tasbih
      • Sujud kedua – 10 kali tasbih
      • Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2 sujud, – 10 kali tasbih.

6.  Jumlah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih. Lakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya. Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumlah semuanya 300 tasbih.

7. Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat, boleh digantikan di tempat berikutnya.

8.  Harus diingat pada rakaat kedua (malam hari) atau keempat (siang hari) setelah membaca tasyahhud, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali sebelum memberi salam.

9.  Membaca doa solat sunat tasbih

doa-solat-sunat-tasbih-sq

Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.

Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.

Daftarkan diri anda dan rebut peluang mengumpul pahala dalam Majlis Ilmu PERCUMA bersama AlMukhlisin.

Daftar di website cepatpandaiquran.com

(Visited 1,043 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 2

Next Post

Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadhan

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
7 Persiapan Yang Wajib Anda Ketahui Untuk Menuju Ramadhan

Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadhan

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?