Tips Istiqomah Membaca Al Quran Yang Patut Diamalkan

Tips Istiqomah Membaca Al Quran Yang Patut Diamalkan

 

 

Usai makan duduk berehat, 

Duduk berehat di tengah taman, 

Kalau nak selamat dunia akhirat, 

Baca Al Quran jadikan panduan. 

AlMukhlisin Home Quran

Ramai diantara kita yang ingin istiqomah membaca Al Quran. Namun tidak tahu cara supaya dapat istiqomah membaca Al Quran. Ikuti kisah di bawah ini.

“Assalamualaikum, Ustaz..

“Waalaikumussalam.. Ehh, Mad (bukan nama sebenar) sek kito.. Hehehe Lama tak tengok, ingatkan siapa tadi??

Hehehe.. tu la ustaz..

Kejap ye, ada seorang lagi..

Ok2, ustaz..

“Saya ada nak share pengalaman mengaji Al Quran dengan yang lain. Boleh Mad kongsikan pengalaman macam mana boleh start mengaji Al Quran?

“Saya mula mengaji Al Quran lepas masuk kelas ustaz.. Tapi time tu, saya baca Al Quran time kelas je la. Itupun kalau masuk.. Kalau tak sempat masuk, memang tak baca la.. Huhu

“Selepas kena paksa dekat ustaz untuk baca Al Quran bermula dengan satu muka surat sehari dan kena tanda di kertas rekod bacaan harian ,barulah saya start mula konsisten baca Al Quran setiap hari.

“Mula-mula terpaksa, akhir sekali bertukar jadi suka,” sambung Mad lagi.

 

Anda boleh tengok rekod bacaan Mad. Gambar ini menunjukkan Mad mula membaca pada 16/2/2016. Bermula dengan hanya satu muka surat sehari. Kemudian pada 23/2/2016, Mad mula menambah bacaannya kepada 2 muka surat sehari.

AlMukhlisin

 

Rekod bacaan di bawah ini ialah rekod bacaan sekarang. Alhamdulillah.. Dia sudah dapat KHATAM sebulan sekali. Ianya adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan apabila target untuk membaca KHATAM sebulan sekali sudah dicapai.

 

AlMukhlisin

 

Alhamdulillah.. Tahniah.. Mumtazz.. untuk MAD..

Semoga Mad akan sentiasa istiqomah membaca Al Quran setiap hari. Dan kita semua juga dikurniakan daya, kekuatan & masa untuk membaca Al Quran sentiasa hari.

Jika ingin istiqomah seperti Mad, mari kita sama-sama buat seperti Mad iaitu rekodkan bacaan Al Quran setiap hari.

Jadi, saya ingin berikan borang Rekod Bacaan Intensif Al Quran seperti Mad ini kepada anda.

Tekan Link dan baca perkongsiannya dan download borang Rekod Bacaan Intensif Al Quran tersebut.

Semoga bermanfaat.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This