Apa yang anda tahu mengenai Al Quran? InsyaAllah, dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai info Al Quran. Seperti yang diketahui umum, nama kalamullah yang dibaca sekarang ini, dipanggil Al Quran. Tetapi, ramai juga yang belum mengetahui nama-nama lain Al Quran. Di sini saya kongsikan 5 nama Al Quran yang masyhur.
#Nama 1
Adz-Dzikr (Pemberi Peringatan)
Allah menyebut nama Adz Dzikr di antaranya dalam surat Al Hijr (yang artinya): “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya” (QS. Al Hijr: 9).
#Nama 2
Al-Furqan (Pembeza)
Disebut sebagai Al Furqon (Pembeza) kerana Al Quran membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Allah menyebut nama ini dalam firmanNya (yang artinya): “Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al-Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.” (QS. Al Furqaan: 1).
#Nama 3
Al Kitab (Buku)
Nama Al Kitab Allah gunakan dalam awal surat Al Baqoroh (yang artinya): “Inilah Al Kitab yang tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa” (QS. Al-Baqarah: 2).
#Nama 4
Al Quran (Bacaan/Yang Mengumpulkan)
Nama ini merupakan nama yang paling utama dan digunakan oleh Allah di banyak tempat, seperti contoh dalam dua ayat ini :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran kepadamu (hai Muhammad) dengan berangsur-angsur.” (QS. Al Insaan: 23).
“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (QS. Yusuf: 2).
#Nama 5
At-Tanzil (Yang Diturunkan)
Nama ini Allah gunakan dalam firmanNya (yang artinya): “Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam” (QS. Asy Syu’ara’: 192).
Fakta mengenai Al Quran :
1 Al Quran mempunyai 604 muka surat. Satu ayat yang sangat mudah untuk kita gunakan untuk berdakwah. Contohnya, anda menghantar memberitahu kepada sahabat anda mengenai satu Al Quran mempunyai 604 muka. Kemudian sahabat anda tadi, mengendahkan kata-kata kerana belum diberikan hidayah oleh ALLAH lagi. Tiba-tiba suatu hari sahabat mula mengaji Al Quran kerana teringatkan kata-kata anda tadi. Maka bermula dari situlah, anda akan memperolehi SAHAM AKHIRAT secara FREE OF CHARGES (FOC).
Setiap satu surah itu mempunyai temanya tersendiri. Tema 114 surah yang boleh kita gunakan untuk dijadikan pedoman hidup. Di dalamnya terdapat 6236 ayat yang padat dengan isi yang sangat-sangat berguna kepada diri kita sebagai hamba ALLAH.
Ulama’-ulama’ dahulu sangat hebat sehinggakan jumlah huruf-huruf Al Quran pun dihitungkan.
Ulama’ berselisih pendapat mengenai jumlah huruf-huruf Al-Quran:
Abdullah Bin Mas’ud = 322 670 huruf
Abdullah Bin Abbas = 323 115 huruf
Abdullah Bin Abdul Aziz = 311 200 huruf
al-Ja’bari = 320 000 huruf
Sebahagian ulama’ = 321 250 huruf
Ulama’ lain= 325 345 huruf
Pendapat lain = 323 670 huruf
Perbezaan ulama’ berlaku disebabkan huruf-huruf yang ditambah (ziadah) dan huruf yang dibuang (hadzaf) dalam penulisan (rasm) Al-Quran..
Ok ke ok ni?
Alhamdulillah, kerana anda masih ‘still’ nak baca lagi.
Saya ingin mengajak anda supaya menjadikan warga emas ini, sebagai idola. Kerana dia telah menjadikan dirinya konsisten . Untuk mencapai seperti Che Dah ni, mari mulakan dengan satu juzuk sehari dengan membahagikan 4 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. 5 X 4 = 20 muka surat.
Atau anda boleh juga mulakan dengan dua hizib sehari. 1 hizib bersamaan dengan 1o muka surat. Maknanya, dua kali baca bersamaan 20 muka surat. Atau boleh juga dibahagikan kepada 8 maqra. 8 bentuk bunga. Rubuk (satu perempat), Nisfu (setengah juzuk).
Bagi mereka yang baru nak ‘start’, mulakan dengan membaca satu muka surat. Atau belum berkemampuan, mulakan dengan beberapa baris sehari. Satu muka bersamaan dengan 15 baris. 15 minit semuka pun, dah kira ok sangat-sangat daripada mereka yang tak tahu langsung. Mulakan dengan sedikit, lama-lama akan jadi konsisten. Sedikit dan konsisten itu lebih baik daripada banyak tapi tidak konsisten.
Melalui info-info di atas ini, akan memudahkan anda mengbahagikan kepada berapa kali untuk mengkhatamkan satu Al Quran. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post