HIDAYAH.

Hidayah
HIDAYAH.
 
Salam Ustaz. Ada orang tanya kepada saya, perlukah kita memohon hidayah dari Allah?
.
.
Bagus soalan ini.. WAJIB. 
.
.
Wajib?? Kalau tak pohon, kira berdosa ke ustaz??
.
.
Ya, Berdosa. 
.
.
Macam mana ni, ustaz. Saya tak pernah minta doa agar diberikan HIDAYAH. 
.
.
Hmmm.. Senyum.. Sebenarnya, Anta dah pun BERDOA. Bahkan anta dah DOA sebanyak 17 kali sehari. 
.
.
Eh.. Macam mana ustaz tahu?? Betul, ustaz.. Saya tak pernah DOA.
.
.
Anta siap doakan untuk semua umat ISLAM lagi. 
.
.
Masa mana ustaz?
.
.
Setiap kali dalam solat. Dalam Surah Al Fatihah.
.
Pada ayat ‘IHDINA SSIROTHOLMUSTAQIIM’.. Ya Allah, tunjukkanlah (berilah HIDAYAH) kepada kami. 
.
Anta perasan ke, kalau kita baca doa qunut untuk seorang diri. ALLAHUMMAH DINI (Ya Allah, Hidayahkanlah kepadaKU). Kalau jadi Imam.
ALLAHUMMAH DINA (Ya Allah, Hidayahkanlah kepada KAMI). 
.
.
Betul ustaz. Kalau kita seorang diri, kita sebut “NII”. Bermaksud aku. Kalau jadi Imam. “NAA”. Bermaksud KAMI. 
.
.
Ok.. Kalau anta jadi imam, dalam surah Al Fatihah, anta akan baca “IHDINAA”. Bermaksudkan Hidayahkanlah kepada kami. Betul kan?
.
Kalau anta solat seorang diri. Anta baca IHDINI ke IHDINA??
.
.
Eh2… Tak perasan tu, ustaz. Kena baca IHDINA jugak.. Kenapa ye ustaz??
.
.
Alhamdulillah.. Anta dah faham. Diantara hikmahnya adalah, kita sebagai hambaNYA, hendaklah sentiasa berdoa agar diberikan HIDAYAH. Bahkan, kita hendaklah mendoakan juga untuk saudara-saudara seagama dengan kita. 
.
Faham ke faham? Senyum.
.
.
Alhamdulillah. Terima kasih ustaz di atas pencerahan ini. Saya akan SHARE ilmu yang bermanfaat ini. 
.
.
Jadi ketika solat pun kita sentiasa berdoa agar diberikan HIDAYAH. Marilah sama-sama kita amalkan DOA agar diberikan HIDAYAH setiap masa & di mana jua.
 
ALLAHUMMAH DINASSIROOTHOL MUSTAQIIM.
Ya Allah, Hidayahkanlah kepada kami jalan yang LURUS.
 
Aamiin.
 
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
 
#AlMukhlisin
 
**Pesanan : Gambar surah Al Fatihah ini versi QURAN RASM IMLAI.
 
Sape tahu RASM IMLAI?
 
 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This